MALAYSIA
EU-ASEAN komited bangunkan bakat dan bidang pendidikan
Zambry hadir pada Program ‘Dialog Polisi EU-ASEAN Ketiga Mengenai Pendidikan Tinggi’ di Kuala Lumpur, 14 Okt 2025. - Foto KPT
KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) dan ASEAN terus memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama serantau melalui bidang pendidikan tinggi dengan fokus diberikan kepada pembangunan bakat dan kemahiran.
Melalui program wacana ‘Dialog Polisi EU-ASEAN Ketiga Mengenai Pendidikan Tinggi’ yang berlangsung di ibu negara, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan komitmen jitu Malaysia dalam memperkukuh kerjasama pendidikan tinggi di rantau ASEAN.
“Kita bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN, rakan-rakan dari Eropah serta semua pihak berkepentingan bagi memastikan pembangunan bakat dan kemahiran melalui pengantarabangsaan bukan sekadar visi, tetapi menjadi realiti yang dapat dirasai,” jelasnya.
Program dialog yang dianjurkan EU, ASEAN dengan kerjasama Kementerian Pendidkan Tinggi (KPT) itu dilaksanakan melalui program Sustainable Connectivity Package – Higher Education (SCOPE-HE), yang disokong di bawah strategi Global Gateway EU dengan tujuan mempromosi kerjasama akademik, mobiliti pendidikan dan hubungan rakyat antara dua rantau berkenaan.
Sementara tu Duta EU ke ASEAN, Sujiro Seam turut menekankan kepentingan strategik pelaburan dalam pembangunan bakat dan kemahiran bagi menjayakan Kerjasama Strategik EU-ASEAN (2023-2027).
“EU mengulangi komitmennya untuk mengekalkan kerjasama kukuh dengan ASEAN dalam bidang pendidikan tinggi. Ia melalui program seperti SCOPE-HE, Erasmus+ dan Horizon Europe adalah bukti sokongan aktif EU terhadap pendidikan tinggi di seluruh ASEAN,” ujar beliau.
Sejak tahun 2014, program Erasmus+ yang dibiayai oleh EU telah menyokong lebih 15,000 pelajar dan akademia dari ASEAN untuk melanjutkan pengajian jangka pendek, ijazah sarjana, serta peluang mengajar atau latihan di Eropah.
Dalam masa yang sama, lebih 7,500 pelajar dan akademia dari Eropah telah menyertai pertukaran yang sama di ASEAN. Negara anggota EU juga terus menawarkan pelbagai biasiswa tambahan kepada pelajar dari rantau ini.
Dalam bidang penyelidikan pula, antara tahun 2021 hingga 2024, EU telah menganugerahkan 90 geran di bawah program penyelidikan dan inovasi utamanya, Horizon Europe. Ia telah menyokong 109 institusi di seluruh ASEAN dengan jumlah sumbangan sebanyak €10.6 juta (sekitar RM51 juta).
Dialog Polisi ini merupakan sebahagian daripada Sustainable Connectivity Package EU–ASEAN yang dilaksanakan melalui program SCOPE-HE. Ia memberi tumpuan kepada pengukuhan kepimpinan dalam pendidikan tinggi, pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu pertumbuhan, serta menggalakkan kerjasama antarabangsa yang mampan dan rangka kerja mobiliti.
Dialog ini turut bertujuan merumuskan cadangan dasar untuk Kuala Lumpur Policy Brief, yang akan menyumbang kepada Pelan Tindakan Pendidikan ASEAN (2026–2030) dan menjadi panduan kepada kerjasama masa depan.