awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'

Astro Arena
Astro Arena
07/07/2024
02:50 MYT
EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'
Pengadil Anthony Taylor ketika melayangkan kad kuning kepada pemain Sepanyol Dani Carvajal dalam perlawanan suku akhir EURO 2024 menentang Jerman. - Foto AP
PENGADIL kontroversi, Anthony Taylor, menerima penghinaan ketika di bilik persalinannya oleh barisan kejurulatihan pasukan Jerman selepas perlawanan suku akhir EURO 2024 di antara pasukan tuan rumah dan Sepanyol, Jumaat lalu.
Hal ini kerana, pembantu Juliann Nagelsmann berang dengan keputusan wasit tersebut yang tidak memberikan sepakan penalti susulan bola yang terkena tangan pertahanan Sepanyol, Marc Cucurella.
Perlawanan tersebut menyaksikan skuad La Roja berjaya memenangi aksi suku akhir itu menewaskan pasukan Jerman menerusi jaringan pemain gantian, Dani Olmo dan Mikel Merino.
Menurut akhbar Jerman Bild, pembantu ketua jurulatih, Sandro Wagner, menyerbu masuk bilik persalinan pengadil untuk melemparkan amarah dan rasa tidak puas hati dengan pendekatan yang diambil oleh pengadil tersebut yang tidak memberikan kelebihan buat pasukannya.
Terdahulu, pengadil berusia 45 tahun itu juga menerima kecaman daripada pengendali berpengalaman, Jose Mourinho, yang turut mempertikaikan keputusannya ketika perlawanan akhir Liga Eropah (UEL) di antara AS Roma dan Sevilla. - Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Anthony Taylor
#pengadil
#penghinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan