KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lepas ditamatkan hari ini.
Pengurus pasukan ME2023 Ayu Wanirah Naharudin dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau menerima maklumat daripada ketua misi itu, Azim Afif Ishak bahawa dron yang digunakan bagi operasi SAR berdepan masalah untuk menerima gambar dan video yang dirakam.
"Masalah ini mungkin berpunca daripada faktor cuaca sejuk menyebabkan dron berkenaan sukar untuk berfungsi dengan baik selepas tiga hari berturut-turut digunakan untuk operasi SAR," katanya.
Ayu Wanirah berkata ketika ini, beliau bersama seorang lagi pendaki ME2023 iaitu Tiong Ling Yang sudah berada di Kathmandu, Nepal untuk meneliti gambar dan video yang dihantar sebelum ini.
"Kami akan terus meneliti gambar dan video yang telah dirakam dan sekiranya mendapat petunjuk baharu, kami akan mendapatkan nasihat pihak berkuasa Nepal dan Kedutaan Malaysia di Nepal," katanya.
Selain masalah dron, Ayu Wanirah berkata pasukan operasi SAR turut bergelut dengan syarikat pengendali helikopter yang telah dilantik apabila ia memanggil balik juruterbang untuk pulang ke negara asalnya di Jerman.
"Ia sekali gus menyukarkan mereka untuk meneruskan operasi SAR yang berbaki lagi sehari namun terpaksa akur dengan arahan atas faktor keselamatan," katanya.
Operasi SAR itu menyaksikan dua dron digunakan iaitu jenis DJI Matrice 300 RTK dan DJI Mavic 3 yang diterbangkan khas dari Malaysia.
Operasi SAR Muhammad Hawari memasuki hari ke 19 selepas beliau dilaporkan hilang pada 19 Mei lepas selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.
Sehari sebelum itu pada 3.30 petang waktu Nepal, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest.
ME2023 sebelum ini turut mengadakan operasi SAR darat menggunakan khidmat dan kepakaran malim gunung serta pencarian melalui udara menggunakan helikopter.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lepas ditamatkan hari ini. - BERNAMA
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Pesawat ringan terhempas Klang: Operasi SAR sedang dijalankan
Pesawat ringan terhempJabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa pesawat terhempas di Kampung Tok Muda dekat sini pada Selasa.as: Operasi SAR
Guru lelaki dikhuatiri hilang dalam hutan pusat rekreasi Sedim
Seorang lelaki dikhuatiri hilang dalam kawasan hutan di Pusat Rekreasi Sedim, Kulim, dekat sini pada Jumaat.
Pasukan SAR terus komited kesan mangsa tragedi kepala air
Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih minggu lepas terus komited untuk mengesan dua lagi mangsa.
Tragedi kepala air: Bomba guna dron cari dua mangsa hilang
Seramai tiga anggota unit dron terlibat dalam operasi itu dengan menggunakan dron Matrice 210 untuk mengesan mangsa yang hilang.
Mayat ditemui di lokasi pelakon Julian Sands hilang
Mayat manusia ditemukan di kawasan pergunungan San Gabriel Amerika Syarikat, lokasi pelakon Britain Julian Sands dilaporkan hilang kira-kira lima bulan yang lalu, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.
Tragedi Everest: Kerajaan runding dengan Nepal lanjut tempoh pencarian Hawari
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan Nepal dan operator Everest bagi membolehkan tempoh pencarian pendaki OKU pendengaran Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim dilanjutkan.
Tiada petunjuk baharu kehilangan nelayan di perairan Sarawak
Maritim Malaysia belum menemukan sebarang petunjuk baharu berkenaan kehilangan seorang nelayan tempatan selepas bot dinaikinya karam di laut berdekatan Tanjung Jerijih.
Gempa bumi Turkiye: 3 termasuk kanak-kanak diselamatkan selepas 296 jam
Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu.
Mayat kanak-kanak jatuh longkang ditemui selepas 4 kali laungan azan
Mayat kanak-kanak 10 tahun, yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Ukay Perdana, Ampang Sabtu lepas, ditemukan hari ini.
Gempa bumi Turkiye-Syria: Angka korban lepasi 33,000
Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 33,000 orang pada Ahad.