KOTA KINABALU: Nama Datuk Ewon Benedick bukan asing lagi di bibir rakyat Sabah terutama masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR), yang mengenali beliau sebagai seorang pemimpin muda yang semakin meningkat naik.
Berasal dari Kampung Penampang Proper, Penampang, Ewon, 39, merupakan 'anak kampung' yang mudah didekati, justeru pelantikan beliau sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi disambut dengan perasaan gembira, serta harapan menggunung bagi membentuk negara serta Sabah yang lebih baik.
Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) itu dilahirkan pada 1 Ogos 1983 di kampung ayahnya Benedick Yong Santung @ Donik di Kampung Penampang Proper, dan ibunya Gobidah Gindai berasal dari Kampung Kiau, Kota Belud.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (2002-2005), dan mendapat pendidikan antaranya di Kolej Matrikulasi Ibukota Kinabalu (2001-2002) dan Sekolah Menengah Kebangsaan St Micheal, Penampang (1999-2000).
Menyusuri karier politiknya, anak muda etnik Kadazan itu bergiat aktif dalam UPKO dengan menjadi Ketua Komulakan UPKO (2006-2018), Ketua Bahagian UPKO Kota Belud (2013-2022), sebelum menjadi Naib Presiden parti itu pada 2018 hingga kini.
Beliau bakal mengambil alih jawatan sebagai Presiden UPKO daripada Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau, pada kongres parti itu dijadual pada 14 hingga 15 Jan tahun hadapan.
Ewon juga pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah (2018-2020).
Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian selama dua penggal, selepas memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 3,294 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun 2018, dan majoriti 3,459 undi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 tahun 2020.
Pada PRU15, Ewon mewakili Pakatan Harapan memenangi kerusi Parlimen Penampang dengan majoriti 14,410 undi, mengalahkan penyandang Datuk Darell Liking daripada Parti Warisan dalam saingan empat penjuru.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Ewon menerima surat cara pelantikan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, 3 Dis 2022. --fotoBERNAMA
![AWANI Borneo [06/02/2023] - Keluar Warisan, sokong Hajiji | Kawasan besar terjejas | 'Ghaib' setiap kali operasi AWANI Borneo [06/02/2023] - Keluar Warisan, sokong Hajiji | Kawasan besar terjejas | 'Ghaib' setiap kali operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008248/19199450371675683137635_640x360.jpg)
AWANI Borneo [06/02/2023] - Keluar Warisan, sokong Hajiji | Kawasan besar terjejas | 'Ghaib' setiap kali operasi
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar; 1. Warisan terima tamparan hebat, tiga ADUN isytihar keluar parti, sokong Hajiji 2. Pemotongan peruntukan pembangunan jejas usaha bangunkan kawasan pedalaman - Alexander 3. Pengemis Palauh hilang setiap kali operasi, menteri kata mungkin angkara sindiket Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
KPT menggalakkan semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melaksanakan Program Menu Rahmah bagi meringankan beban pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.

Ordinan Buruh Sabah | Cadangan pindaan terbaharu termasuk cuti bersalin 98 hari
Satu badan bertindak bagi memantau perlaksanaan pindaan terbaharu Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Negeri Sabah akan diwujudkan dalam masa terdekat.

Chap Goh Meh | Perarakan simbol penyatuan kepelbagaian bangsa dan budaya
Teruja dan menyeronokkan. Itu yang diungkapkan peserta dari Sabah dan Brunei, yang pertama kali meraikan sambutan Chap Goh Meh di Lundu, Sarawak pada Ahad.

Sumbing | Pembedahan klef besar-besaran di Hospital Lahad Datu
Program pembedahan klef atau sumbing secara besar besaran iaitu Grand Smile Operation Initiative (GSOI) akan diadakan di Hospital Lahad Datu Sabah bermula esok.

Pendidikan Awal | Sasar 100 peratus anak Sarawak bersedia ke darjah satu
Sarawak terus komited dalam memastikan setiap kanak-kanak di negeri itu mendapat akses pendidikan awal sebelum melangkah ke darjah satu.

Pengangguran | Sabah susun atur pelan elak tenaga kerja berhijrah
Isu pengangguran di negeri Sabah akan terus ditangani secara agresif. Ini bagi mengelakkan lebih ramai tenaga kerja di negeri itu berhijrah seterusnya menyebabkan kekurangan tenaga buruh yang serius.

Peruntukan Dipotong | Sukarkan penyaluran bantuan & urus tadbir kawasan pedalaman
Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berpendapat keputusan mengurangkan peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen akan menyukarkan penyaluran bantuan dan urus tadbir di kawasan di pedalaman.

Keluar Parti | Tiga ADUN umum keluar Warisan, sokong Hajiji
Tiga ADUN Warisan mengumumkan keluar parti dan memilih untuk berkhidmat sebagai ADUN Bebas dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Banjir: 6 PPS dibuka di Pahang, mangsa di Johor menurun, Sabah pulih
Situasi banjir pada petang ini menyaksikan Pahang kembali terjejas manakala Johor menunjukkan perkembangan positif dan keadaan di Sabah pulih sepenuhnya.

UPKO, PBRS fokus usaha bangunkan Sabah
Datuk Ewon Benedick dan Datuk Arthur Joseph Kurup akan menjalin kerjasama melalui kementerian masing-masing bagi pembangunan di negeri Sabah.

Ewon guna pendekatan kepimpinan berdiplomasi terajui UPKO
Semua ahli parti diajak supaya peka terhadap semua isu, bijak menganalisis, memikir dan menjiwai setiap cabaran yang dihadapi UPKO.

Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.

KUSKOP tangguh RM128.6 juta pembayaran semula pinjaman mikro kredit
Penangguhan melibatkan 65,596 usahawan PMKS atau peminjam yang terjejas dari Kelantan, Terengganu, Pahang serta Sabah.

Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon
Sebanyak 14,975 koperasi berdaftar di seluruh negara berjaya mengumpul aset berjumlah RM156.18 bilion tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Kerajaan setuju naikkan jumlah Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi kepada RM2 juta
Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK) daripada Rm1 juta kepada RM2 juta pada tahun depan

Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi dinaikkan kepada RM2 juta pada 2023 - Ewon
Jelas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick koperasi yang terkesan dengan bencana alam boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan ini mulai tahun depan.

Pandangan usahawan penting bantu KUSKOP sediakan polisi pembangunan - Ewon
Pandangan dan idea semua pihak penting bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyediakan polisi pembangunan mampan selari aspirasi para usahawan di negara ini.

Banjir: Usahawan terjejas bencana boleh mohon tangguh bayaran pinjaman - Ewon
Usahawan yang terjejas akibat bencana di seluruh negara boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman seperti Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia sehingga tempoh enam bulan.

Usahawan terutama generasi muda jangan malu dekati agensi KUSKOP - Ewon
Usahawan terutama generasi muda perlu mendekati agensi di bawah KUSKOP bagi mendapatkan bimbingan, latihan serta bantuan yang tersedia untuk membangunkan perniagaan mereka.