MALAYSIA
Exco akan menghadap Sultan Selangor pada Isnin ini - Menteri Besar
Datuk Izham Hashim telah diperkenan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Exco Infrastruktur Pertanian Negeri Selangor Datuk Izham Hashim telah diperkenan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin depan bagi tujuan menyembah maklum isu penternakan babi di Kuala Langat.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia bertujuan membentangkan perincian keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengenai isu tersebut.
“MMKN terdahulu telah mengambil keputusan supaya syarat pengoperasian industri penternakan babi di Negeri Selangor diperketatkan berasaskan keutamaan pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab supaya tidak memberikan kesan negatif terhadap sistem saliran,” katanya melalui kenyataan media yang disiarkan hari ini.
Difahamkan kenyataan Amirudin dibuat susulan titah Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa dukacita serta tidak bersetuju dengan perancangan operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat yang dijadual bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.
Amirudin bagaimanapun menjunjung kasih atas keprihatinan baginda dan menyatakan keputusan MMKN diambil setelah mengambilkira kesemua aspek termasuk pandangan agensi teknikal bagi memuktamadkan isu yang berlarutan setelah belasan tahun.
“Mewakili Kerajaan Negeri menjunjung tinggi kecaknaan, nasihat serta pedoman Tuanku Sultan dan mendoakan Tuanku terus dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan untuk terus membimbing dan menaungi Negeri ini dengan penuh hikmah.
“Di samping menjaga sensitiviti masyarakat, inisiatif ini amat penting untuk memelihara keadaan kesihatan komuniti, alam sekitar dan sistem saliran serta mengelakkan pencemaran bau supaya industri ini dapat beroperasi secara lebih selamat tanpa memberi kesan sampingan,” katanya.
Pada 8 Januari lepas Izham mengumumkan langkah pematuhan 11 syarat diwajibkan sebelum sebarang permohonan lesen penternakan babi di Ladang Tumbuk, Kuala Langat diluluskan.
Ia bertujuan memastikan isu sensitif ini ditangani secara berhemah, menyeluruh, serta berkesan dalam menangani isu alam sekitar, di samping mengimbangi keperluan komuniti, memperketat aspek kawalan ke arah penyelesaian jangka sederhana dan panjang yang lebih sistematik.