awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Johor Tee Siew Kiong letak semua jawatan dalam MCA

Bernama
Bernama
14/06/2013
23:00 MYT
Exco Johor Tee Siew Kiong letak semua jawatan dalam MCA
Exco kerajaan negeri Johor yang bertanggungjawab bagi Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Tee Siew Kiong meletak semua jawatan dalam MCA, sebaliknya hanya mengekalkan keanggotaan seumur hidup beliau dalam parti itu.
Tee berkata beliau berbuat demikian bagi mengelak sesetengah anggota parti itu terus mengeksploitasi pelantikannya sebagai exco Johor.
"Saya kesal kerana sesetengah anggota parti menjadikan pelantikan saya sebagai isu dan pada masa sama, bukan sekadar menjadikan saya sebagai sasaran malah bertujuan memusnahkan perpaduan parti.
"Bagaimanapun, saya tidak akan sesekali meninggalkan parti kerana saya sudah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga besar ini untuk tempoh lebih 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau meletak jawatan sebagai setiausaha penganjur nasional, anggota majlis presiden, anggota jawatankuasa pusat, anggota jawatankuasa pemandu pilihan raya, anggota jawatankuasa perhubungan MCA negeri Johor, timbalan pengerusi jawatankuasa pemandu pilihan raya MCA Johor dan pengerusi bahagian MCA Pontian.
Tee juga akan menghadiri pendengaran jawatankuasa disiplin MCA pada 17 Jun untuk menjelaskan penerimaan jawatan sebagai exco Johor.
Sebagai anak Johor, katanya, beliau tidak boleh mengingkari arahan Sultan.
"Arahan Sultan menyebut bahawa mesti ada wakil daripada setiap kaum dalam anggota majlis kerajaan negeri, jadi saya diarah mewakili masyarakat Cina," katanya.
Tee juga berkata beliau sememangnya tidak pernah berhasrat menentang keputusan parti untuk menolak semua jawatan dalam kerajaan jika MCA gagal mempamer prestasi lebih baik dalam pilihan raya ke-13 berbanding pada 2008.
Topic Berkaitan
#EXCO Johor
#Tee Siew Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan