awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Kerajaan Pulau Pinang sumbang sebulan gaji pada Tabung COVID-19 negeri

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
02/06/2021
06:41 MYT
Exco Kerajaan Pulau Pinang sumbang sebulan gaji pada Tabung COVID-19 negeri
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan, semua gaji barisan Exco dipotong selama sebulan dan disumbangkan kepada Tabung COVID-19 negeri. - Gambar Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memutuskan semua gaji barisan Exco dipotong selama sebulan dan disumbangkan kepada Tabung COVID-19 negeri.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan, perkara berkenaan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada Rabu.
"Keputusan ini adalah sebagai tanda solidariti dalam usaha melawan pandemik COVID-19 di negeri ini dan sumbangan berkenaan akan digunakan dengan sebaiknya termasuk dalam aspek kesihatan awam dan juga pembangunan ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan," kata beliau dalam kenyataan media hari ini.
Kon Yeow berkata, sumbangan itu merupakan kali kedua dibuat selepas kali pertama dilaksanakan tahun lepas.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memaklumkan sebagai tanda sokongan, barisan jemaah Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.
Kesemua gaji yang tidak diambil itu akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.
Langkah itu diikuti kumpulan penjawat awam melibatkan pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta penjawat awam bagi Gred 29 hingga Gred 41 yang akan turut menyumbangkan sebahagian gaji mereka selama tiga bulan.
Topic Berkaitan
#kerajaan pulau pinang
#Exco Pulau Pinang
#gaji Exco Pulau Pinang
#sebulan gaji Exco Pulau Pinang
#Tabung COVID-19 negeri
#Chow Kon Yeow
#Ketua Menteri
#Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
#Akaun Amanah Bencana Negara
#COVID-19
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan