Exco Melaka disyaki terlibat LTTE ditahan

Shuhada Abdul Kadir
Oktober 10, 2019 05:14 MYT
Difahamkan, ADUN DAP berkenaan ditahan dan digari di pejabatnya pagi ini. - Gambar hiasan
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dengan upacara perjuangan pemberontak Tamil Eelam (LTTE).
Perkara berkenaan disahkan sendiri Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
“Memang ada maklumat, seorang Exco kita ditahan pihak Bukit Aman pagi ini. Bagaimanapun, secara dasar, kita serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Saya yakin Yang Berhormat (Exco) itu akan memberikan kerjasama penuh dan saya juga akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung tangkapan,” katanya.
Adly berkata demikian pada sidang media pasca-mesyuarat Exco di Seri Negeri, di sini, hari ini.
BACA: Penahanan ADUN: Sidang Media Khas Bukit Aman petang ini
Difahamkan, ADUN DAP berkenaan ditahan dan digari di pejabatnya di Seri Negeri sekitar jam 8.45 pagi ini.
Adly bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu, dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa, termasuk punca tangkapan.
LTTE merupakan kumpulan pemberontak di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengganas oleh beberapa negara.
#Adly Zahari #ADUN #Bukit Aman #DAP #Exco #Harimau Pembebasan Tamil Eelam #LTTE #Melaka #pengganas #polis #siasatan #Sri Lanka