Laman sosial paling popular, Facebook bakal memperkenalkan ciri baharu, ‘live video streaming’ kepada pengguna mereka.

Ciri ‘live video streaming’ ini akan membolehkan pengguna merakam serta berkongsi perkara dilakukan kepada rakan-rakan/keluarga secara langsung menerusi laman Facebook mereka.

Difahamkan, ciri video ini hampir sama dengan aplikasi Periscope, Meerkat and Twitter tetapi ia bukannnya satu aplikasi tersendiri seperti Periscope.

Dan seperti biasa, pengguna Facebook boleh memilih penonton tersendiri berdasarkan keselesaan mereka menerusi setting peribadi di Facebook.

Posted by Facebook on Wednesday, 2 December 2015


Menurut satu kenyataan FB Newsroom, ciri itu dikatakan masih dalam fasa ujian awal, dimana ia hanya boleh didapati oleh beberapa pengguna iPhone di Amerka Syarikat bagi tujuan ujian.

Bagaimanapun, Facebook tidak menyatakan bila ia akan dilancarkan secara meluas.

Difahamkan, seperti Periscope, penonton boleh menghantar komen semasa siaran serta pengguna juga boleh melihat berapa banyak penonton sedang menonton rakaman video tersebut.

Manakala, rakan-rakan yang terlepas siaran langsung boleh menonton kembali di laman Facebook pengguna berkenaan.