GADGETS
Facebook Dating tambah sokongan padanan jodoh dikuasakan AI
Pengguna boleh minta cadangan jodoh serta mendapatkan tip dan lokasi berkaitan janji temu. -Foto Amanz
FACEBOOK menambah baik sokongan ciri Facebook Dating untuk pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada, di mana ia dipadankan dengan sokongan kecerdasan buatan (AI).
Ringkasan AI
Melalui kemas kini ciri berkenaan, pengguna boleh berkomunikasi dengan pembantu Facebook Dating, menyatakan pilihan dan kriteria yang diinginkan, seterusnya pembantu maya akan beri pelbagai pilihan jodoh.
Melalui contoh yang diberikan, anda boleh bertanyakan kepada pembantu atau “Dating Assistant” berkenaan seperti, “lelaki berkerjaya di bidang teknologi dari Kuala Lumpur dan minat baca buku”, seterusnya ia akan mencari jodoh atau padanan yang sesuai.
Selain padanan jodoh, pengguna turut boleh bertanyakan pelbagai tip, lokasi yang perlu dituju dan lain-lain kepada pembantu maya ini.
Facebook hanya menawarkan ciri ini di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja buat masa ini. Tidak diketahui bila Facebook akan memperluaskan ciri ini kepada pengguna seluruh dunia. -Amanz
Ringkasan AI
- Facebook Dating kini disokong oleh kecerdasan buatan (AI) di Amerika Syarikat dan Kanada, membolehkan pengguna berinteraksi dengan pembantu maya untuk mencari padanan jodoh berdasarkan kriteria yang dinyatakan.
- Pengguna boleh minta cadangan jodoh serta mendapatkan tip dan lokasi berkaitan janji temu.
- Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia di AS dan Kanada, dan belum diketahui bila ia akan diperluaskan ke negara lain.