GADGETS
Facebook padam 10 juta akaun pencuri identiti, kandungan
Facebook turut mengambil tindakan terhadap 500,000 akaun yang melakukan spam dan memancing interaksi secara tidak sah. -Gambar hiasan/Reuters
ANTARA amalan keji di Facebook ialah menghasilkan akaun palsu selebriti, ahli politik dan penghasil kandungan demi melakukan aktiviti penipuan.
Ringkasan AI
Kami pernah laporkan antara yang menjadi mangsa kecurian identiti ini ialah Khairul Aming.
Hari ini Meta mengatakan lebih 10 juta akaun telah dipadam di Facebook kerana melakukan kesalahan ini.
Selain mencuri identiti untuk penipuan, akaun palsu digunakan untuk memuat naik semula kandungan tanpa kebenaran pemilik asal atau lebih dikenali sebagai Freebooting.
Ini adalah isu yang sudah berlarutan sejak zaman awal Facebook lagi dengan sistem memfailkan kesalahan mencuri kandungan masih lemah.
Ciri baharu meletakkan pautan kepada penghasil kandungan asal juga sedang diuji oleh Facebook sekiranya mereka menjadi mangsa freebooting.
Tetapi ciri ini menerima kritikan kerana sistem automatik kadang kala melakukan kesalahan dan tiada manusia boleh dihubungi untuk menyelesaikan isu apa berlaku kesilapan kandungan dilabel dicuri.
Pada waktu yang sama Facebook mengambil tindakan ke atas 500,000 akaun yang melakukan aktiviti spam dan memancing interaksi dengan pengguna lain menggunakan pelbagai kaedah keji.
Akaun-akaun ini tidak lagi akan disebarkan menggunakan algoritma sekaligus menghalang pendapatan dijana.
Facebook mengikut langkah YouTube yang telah mengubah garis panduan kandungan yang boleh menjana pendapatan minggu lalu.
Kandungan yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI), berulang-ulang, spam, mencuri kandungan lain dan sekadar memancing perhatian telah dihalang menjana pendapatan oleh YouTube menerusi Partners Program. -Amanz
Ringkasan AI
- Meta telah memadam lebih 10 juta akaun palsu di Facebook yang menyamar sebagai selebriti, ahli politik dan penghasil kandungan untuk tujuan penipuan dan freebooting.
- Facebook turut mengambil tindakan terhadap 500,000 akaun yang melakukan spam dan memancing interaksi secara tidak sah, serta menghalang kandungan mereka daripada menjana pendapatan.
- Facebook sedang menguji ciri baharu untuk meletakkan pautan kepada penghasil kandungan asal, namun sistem automatiknya dikritik kerana sering melakukan kesilapan tanpa sokongan manusia untuk pembetulan.