awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook perkenal ciri Link History untuk menjejak pautan

Amanz
Amanz
04/01/2024
00:15 MYT
Facebook perkenal ciri Link History untuk menjejak pautan
Link History diaktifkan kepada semua pengguna tetapi anda boleh mematikannya menerusi butang yang terpapar pada skrin. - Foto Amanz
PADA Rabu, Facebook memperkenalkan ciri baharu Link History pada aplikasi telefon pintar.
Menerusi skrin yang dipaparkan dalam aplikasi, Facebook mengatakan Link History memudahkan pengguna menjejak sebarang pautan yang pernah di klik dari dalam aplikasi supaya boleh dijejak semula di kemudian hari.
Secara lalai Link History diaktifkan kepada semua pengguna tetapi anda boleh mematikannya menerusi butang yang terpapar pada skrin.
Walaupun dilancarkan sebagai cara untuk anda menyimpan pautan, Facebook mengatakan ciri ini juga akan digunakan oleh mereka bagi menyasarkan iklan yang lebih relevan dengan minat anda.
Dengan iOS mula menghalang penjejakan serta Android bakal menyertakan ciri yang sama, ini adalah langkah terbaru Meta untuk mengumpul data pengguna yang semakin sukar dilakukan.
Data Link History akan disimpan selama 90 hari sebelum dipadam.
Pada waktu ini Link History mula diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu dengan ia akan diaktifkan kepada pengguna global secara berperingkat.
Sumber Gizmodo/Amanz
Topic Berkaitan
#Facebook
#Link History
#kumpul data pengguna
#jejak pautan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan