GADGETS
Facebook perkenal ciri "Reactions" berbentuk emoji
Dengan 'Reactions', pengguna kini bukan sahaja boleh 'Like' status seseorang tetapi berkongsi emosi mereka berkenaan status tersebut.
Facebook pada Rabu memperkenalkan ciri terbaharu "Reactions" di mana pengguna kini bukan sahaja boleh 'Like' status seseorang tetapi berkongsi reaksi mereka dengan lima emoji baharu.
Lima emoji tersebut – Love, Haha, Wow, Sad dan Angry – berjaya dilancarkan selepas lebih dari setahun dalam perbicaraan.
Emoji terbaharu ini boleh dipilih pada butang 'Like' apabila pengguna menekan ikon tersebut untuk beberapa saat.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berkata bukan setiap masa seseorang itu berkongsi kegembiraannya. Kadang-kadang mereka ingin berkongsi sesuatu yang menyedihkan atau mengecewakan.
"Saya telah menghabiskan banyak masa berfikir tentang cara yang betul untuk melakukan ini dengan pasukan saya.
"Salah satu matlamat saya adalah untuk membuat ia semudah menekan dan menahan butang 'Like'," katanya.
Dengan berita baik ini, kami ingin mengingati anda untuk tidak melakukan dua perkara tersebut;
1. Jangan tersilap letak 'Haha' ataupun 'Wow' di bawah posting Facebook rakan-rakan anda yang berkongsi berkenaan kematian atau apa-apa tragedi.
2. Jangan letak 'Love' pula di bawah kenyataan-kenyataan yang berbaur rasis.