awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadhlina beri jaminan pelajar OKU, guru pendidikan khas diberi perhatian

Bernama
Bernama
18/01/2023
14:21 MYT
Fadhlina beri jaminan pelajar OKU, guru pendidikan khas diberi perhatian
Ras Adiba berkata antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat itu ialah mengenai pembinaan Sekolah Sukan OKU dan menambah baik fasiliti di sekolah pendidikan khas. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi jaminan untuk memastikan pelajar orang kurang upaya (OKU) dan guru pendidikan khas diberi perhatian sewajarnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Perkara itu dinyatakan menteri pendidikan kepada Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi ketika Presiden Persatuan OKU Sentral itu mengadakan kunjungan hormat terhadap Fadhlina di KPM di sini hari ini.
Ras Adiba berkata antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat itu ialah mengenai pembinaan Sekolah Sukan OKU, menambah baik fasiliti di sekolah pendidikan khas, menambah bilangan ahli terapi cara kerja dan ahli terapi pertuturan di KPM.
"Alhamdulillah menteri (Fadhlina) berbesar hati menerima kunjungan saya untuk mendengar beberapa cadangan berkaitan komuniti OKU. Beliau mengalu-alukan kunjungan ini dan akan sentiasa mengikuti perkembangan OKU," katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan hormat itu.
Ras Adiba berkata beliau secara peribadi yakin Fadhlina mampu melaksanakan pelbagai pendekatan serta inisiatif terhadap pendidikan OKU di negara ini.
"Saya lihat banyak yang dilakukan untuk perkasa pelajar termasuk golongan OKU dan tenaga pengajar di sekolah pendidikan khas," katanya.
Fadhlina yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada Disember lepas telah mengadakan lawatan ke institusi pendidikan OKU seperti Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy di Johor.
-- BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Menteri Pendidikan
#Fadhlina Sidek
#pelajar OKU
#Ras Adiba
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan