MALAYSIA
Fadhlina buat laporan polis, isu fitnah kaitkan dengan Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha
FADHLINA: Hormati keluarga Allahyarham Zara Qairina dan beri ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan. Jika keadilan yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran. - Gambar fail/KPM
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berikutan fitnah yang mengaitkan beliau dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.
Dalam hantaran di Facebook semalam, Fadhlina berkata beberapa individu cuba mengaitkan beliau dengan pengetua sekolah terbabit.
“Akhir-akhir ini, banyak sekali fitnah direkayasa secara liar dan jahat, serta menyebarkan kebencian. Setakat menepis dan menafikan, ternyata tidak menjadi pengajaran.
"Apatah lagi fitnah itu mengaitkan arwah ibu saya yang sudah tiada di dunia ini untuk mempertahankan dirinya. Fitnah yang ditaja secara jahat dan disebarkan telah memberikan implikasi kepada masyarakat,” katanya.
Sebelum ini, dilaporkan pengetua berkenaan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua warden sekolah itu telah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan polis ke atas kes Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir selesai.
Dalam hantaran sama, Fadhlina berkongsi komen warganet yang mendakwa beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan pengetua terbabit.
Beliau menegaskan tindakan undang-undang akan diambil dan berharap perkara itu menjadi pengajaran agar orang ramai tidak membuat spekulasi.
“Hormati keluarga Allahyarham Zara Qairina dan beri ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.
“Jika keadilan itu yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran. Sesungguhnya keadilan itu sangat dekat dengan takwa,” katanya.
-- BERNAMA