awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2025
08:46 MYT
Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Fadhlina berkata, ia sebagai usaha untuk mengasah semula tulisan jawi agar tidak dilupakan. - FB Fadhlina Sidek
SHAH ALAM: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 yang bermula hari ini.
Fadhlina berkata, ia sebagai usaha untuk mengasah semula tulisan jawi agar tidak dilupakan.
"Harap guru kemahiran jawi memaafkan saya yang sedang mencuba mengingat semula bagaimana perkataan dieja dalam tulisan jawi.
"Titah Tuanku dalam sesi pembukaan Parlimen tadi sangat mendalam. Ringkas tetapi sarat dengan peringatan yang memaknai tugas sebagai ahli Parlimen," ujarnya menerusi laman Facebook pada Isnin.
Tambah Fadhlina, agenda reformasi pendidikan juga disentuh dengan mandat.
"Ia adalah agenda berterusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"Pastinya isu kedaulatan negara menjadi teras titah Sultan Ibrahim. Hatta sebesar batu karang sekalipun, ia mesti dipertahankan. Daulat Tuanku," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#tulisan jawi
#Yang di-Pertuan Agong
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan