awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadiah Nadwa beri keterangan polis berhubung artikel persoal sistem beraja

Bernama
Bernama
11/07/2018
22:57 MYT
Fadiah Nadwa beri keterangan polis berhubung artikel persoal sistem beraja
Fadiah Nadwa Fikri (kanan) ketika sidang media selepas memberi keterangan kepada Polis berhubung isu hasutan terhadap Raja-Raja Melayu di IPD Brickfields, 11 Julai, 2018. --fotoBERNAMA
Aktivis hak asasi manusia Fadiah Nadwa Fikri pada Rabu hadir memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini berhubung artikelnya yang didakwa mempersoalkan sistem beraja di negara ini.
Fadiah Nadwa yang juga peguam hak asasi manusia memasuki IPD Brickfields bersama tiga peguamnya iaitu Farhana Abdul Halim, Khuratul Ain dan Ragunath Kesavan pukul 4 petang sebelum keluar sejam kemudian.
Beliau ketika ditemui pemberita di luar IPD Brickfields berkata kira-kira 20 soalan diajukan kepadanya susulan artikel bertajuk 'Jangan Engkau Cium Tangan yang Memukulmu' yang ditulisnya pada Isnin lepas dan dipetik oleh sebuah portal berita.
"Ada beberapa laporan polis dibuat terhadap saya berhubung artikel ini… saya ada hak untuk berdiam diri dan hanya akan menjawab soalan yang diajukan (polis) di mahkamah nanti," katanya.
Artikel Fadiah Nadwa itu didakwa mempertikaikan kewujudan sistem beraja di Malaysia yang pada pendapatnya sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh lagi diterima atau dipertahankan.
Pada Selasa, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Syed Hassan Syed Ali membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Fadiah Nadwa yang didakwa mempersoalkan sistem beraja melalui artikelnya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktivis
#artikel
#cium tangan
#Fadiah Nadwa Fikri
#hak asasi
#institusi beraja
#IPD Brickfields
#keterangan
#laporan polis
#mahkamah
#peguam
#PERKASA
#Portal
#sistem beraja
#Syed Hassan Syed Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan