awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadillah dikurnia Anugerah Felo Kehormat IEM

Bernama
Bernama
15/07/2023
22:39 MYT
Fadillah dikurnia Anugerah Felo Kehormat IEM
Fadillah menerima anugerah Felo Kehormat IEM daripada Presiden Institut Jurutera Malaysia IEM Ir Prof Dr Norlida Buniyamin pada majlis di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini dikurniakan Anugerah Felo Kehormat Institusi Jurutera Malaysia (IEM).
Beliau menerima anugerah itu bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Zairil Khir Johari pada Majlis Makan Malam Tahunan ke-64 dan Anugerah IEM 2023 di sebuah hotel di sini malam tadi.
Anugerah itu diberikan oleh IEM kepada individu terbilang yang diiktiraf terkemuka serta menjadi teladan yang telah memberikan sumbangan besar dan perkhidmatan cemerlang kepada profesion kejuruteraan negara.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang berkata jurutera adalah pengerak utama pembinaan negara Malaysia yang bertindak sebagai pemangkin dan pelaksana pembangunan Infrastruktur serta ekonomi.
Beliau berkata peranan jurutera dan IEM amat penting ketika negara berusaha mencapai status negara maju.
Justeru, semua pihak yang terlibat digesa agar mengutamakan kelestarian dalam sektor pembinaan dengan memberi penekanan kepada pelaksanaan projek mengikut piawaian Alam Sekitar, Sosial serta Tadbir Urus (ESG) dan pematuhannya akan menyelaras sektor itu dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Ini akan meningkatkan keupayaan dan kapasiti kita untuk mewujudkan persekitaran yang dibina secara mampan dan kerjasama yang lebih kukuh antara pihak industri dan agensi kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Anugerah Felo Kehormat IEM
#perkhidmatan cemerlang
#jurutera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan