[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Fadillah Yusof terima watikah Pegawai Bersekutu APM

Asyraf Malik 08/04/2025 | 11:16 MYT
Watikah disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempena Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam ke-73 di Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Sungai Merab, Selangor pada Selasa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SUNGAI MERAB: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof antara penerima watikah Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sempena Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam ke-73 di Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Sungai Merab, Selangor pada Selasa.
Watikah disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau menyandang pangkat bersekutu sebagai Ketua Pesuruhjaya Perdana, pelantikan ini bertujuan memperkasa dan meluaskan lagi peranan APM dalam membantu masyarakat.
Tokoh lain yang mendapat sorotan adalah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil apabila beliau diberikan penghormatan untuk menjawat pangkat bersekutu sebagai Pesuruhjaya Kehormat.
Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed dianugerahkan Bintang Panglima Utama (BPU).
Manakala pangkat bersekutu, Timbalan Pesuruhjaya Kehormat dipegang oleh Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong.
Seterusnya bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), watikah Pegawai Bersekutu APM diberikan kepada 30 tokoh terdiri daripada pelbagai anggota penting dalam Kerajaan.
Selain itu, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memberikan pangkat bersekutu kepada 26 tokoh.
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia #watikah #Pegawai Bersekutu #Fadillah Yusof #Fahmi Fadzil