PUTRAJAYA: Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Presiden merangkap Pengerusi Perbadanan Putrajaya (PPj) yang baharu, bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jun, umum Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Fadlun, 55, yang sebelum ini Naib Presiden Kanan (Perkhidmatan Korporat) PPj menggantikan Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, bermula 15 Disember tahun lepas (2021).
Pelantikan Fadlun sebagai Presiden merangkap Pengerusi PPj yang ke-7 itu adalah selaras dengan perenggan 5(1)(a) Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536], katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shahidan berkata dengan pengalaman 22 tahun di PPj, memberi kelebihan kepada Fadlun untuk mengemudi PPj atas kapasiti pengetahuan dan kemahirannya yang luas, selain pengalaman yang mendalam berkaitan pengurusan bandar raya serta dasar perancangan di Putrajaya.
"Saya percaya dengan pengalaman serta daya kepimpinan dan kredibiliti yang dimilikinya, beliau berupaya memperkasakan lagi tadbir urus dan menerajui Perbadanan Putrajaya, untuk terus cemerlang ke arah mencapai Putrajaya Bandaraya Pentadbiran Mampan Bertaraf Dunia," katanya.
Shahidan turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan, kecemerlangan serta khidmat bakti Muhammad Azmi sepanjang berkhidmat sebagai Presiden merangkap Pengerusi PPj dari 1 Okt 2020 hingga 15 Dis 2021.
Sementara itu, Fadlun yang turut hadir dalam sidang media khas oleh Shahidan mengenai pelantikan tersebut di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata terdapat beberapa perkara yang akan diberi tumpuan olehnya.
Antaranya adalah menyegerakan pembinaan 10,000 rumah mampu milik di Putrajaya, berikutan permintaannya semakin meningkat.
"Ada 10 tapak yang telah kenal pasti dan akan disegerakan pembinaannya. Selepas mengadakan perbincangan, kita akan membuat majlis pecah tanah bagi pembinaan 2,500 unit rumah mampu milik pada akhir bulan ini," katanya.
Selain itu, Fadlun turut berharap agar impian PPj untuk menjadikan Putrajaya sebagai 'Bandar Mesra Belia' tercapai, melalui pelbagai penganjuran aktiviti belia termasuk menyegerakan pembangunan 'Soccer City' melibatkan antaranya pembangunan stadium bola sepak, pusat latihan bola sepak kebangsaan serta padang komuniti di Presint 4.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 10 2022

Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Presiden merangkap Pengerusi Perbadanan Putrajaya (PPj) yang baharu, bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jun. - Foto Sinar Harian

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.

Fadlun, Presiden Perbadanan Putrajaya baharu
Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Presiden merangkap Pengerusi Perbadanan Putrajaya (PPj) yang baharu, bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jun.