MALAYSIA
Fahaman 'New Age Movement' mula menyusup dalam masyarakat - Mufti Pahang
Menurut Asmadi, gerakan itu membawa unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah Islam seperti pantheisme, reinkarnasi, pluralisme agama, penyelewengan wahyu dan syariat. - Foto JAKIM
KUANTAN: Jabatan Mufti Negeri Pahang mengambil perhatian serius terhadap penularan fahaman 'New Age Movement' di negara ini.
Ringkasan AI
Mufti Pahang, Datuk Asmadi Mohamed Naim berkata sedemikian ekoran fahaman itu sudah mula menyusup ke dalam masyarakat Islam khususnya melalui platform motivasi, pembangunan diri, rawatan alternatif dan pembangunan spiritual.
Menurutnya, gerakan itu membawa unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah Islam seperti pantheisme, reinkarnasi, pluralisme agama, penyelewengan wahyu dan syariat.
"Gerakan ini begitu mudah menyerap ke dalam kursus-kursus pembangunan kendiri, seminar healing dan latihan minda yang kelihatan seolah-olah neutral tetapi sebenarnya membawa ajaran yang terpesong dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Umat Islam diingatkan agar berhati-hati terhadap mana-mana bentuk program yang menggunakan unsur metafizik dalam silibusnya yang tidak berasaskan ajaran Islam yang sahih.
"Dalam hal ini, Sufisme Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan al-Quran, al-Sunnah dan turath ulama muktabar adalah jalan sebenar dalam memenuhi keperluan kerohanian umat Islam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, pendekatan psikospiritual dalam tasawuf yang melibatkan amalan seperti tazkiyah al-nafs, zikir, muraqabah, serta pengenalan terhadap maqam-maqam kerohanian, adalah alternatif yang seimbang dan sah untuk menangani kekosongan jiwa manusia moden.
Jelas beliau, ia tidak hanya menjaga akidah tetapi juga mendidik jiwa agar kembali kepada ALLAH SWT dengan penuh adab dan rasa kehambaan.
"Umat Islam disarankan merujuk ke Jabatan Mufti untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan apa-apa kemusykilan termasuk aktiviti-aktiviti yang menggunakan nama motivasi, pembangunan diri, spiritual dan lain-lain yang berkaitan," katanya. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Fahaman 'New Age Movement' Ancam Akidah Islam: Jabatan Mufti Pahang memberi amaran bahawa fahaman ini menyusup melalui program motivasi, pembangunan diri dan rawatan alternatif, membawa unsur seperti pantheisme dan pluralisme agama.
- Program Neutral Tapi Berisiko: Gerakan ini mudah menyerap ke dalam kursus pembangunan kendiri dan seminar healing yang kelihatan neutral tetapi sebenarnya mengandungi ajaran yang terpesong.
- Alternatif Sahih dan Nasihat Mufti: Pendekatan tasawuf Ahli Sunnah Wal Jamaah disarankan sebagai jalan kerohanian yang seimbang.
Mufti Pahang, Datuk Asmadi Mohamed Naim berkata sedemikian ekoran fahaman itu sudah mula menyusup ke dalam masyarakat Islam khususnya melalui platform motivasi, pembangunan diri, rawatan alternatif dan pembangunan spiritual.
Menurutnya, gerakan itu membawa unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah Islam seperti pantheisme, reinkarnasi, pluralisme agama, penyelewengan wahyu dan syariat.
"Gerakan ini begitu mudah menyerap ke dalam kursus-kursus pembangunan kendiri, seminar healing dan latihan minda yang kelihatan seolah-olah neutral tetapi sebenarnya membawa ajaran yang terpesong dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Umat Islam diingatkan agar berhati-hati terhadap mana-mana bentuk program yang menggunakan unsur metafizik dalam silibusnya yang tidak berasaskan ajaran Islam yang sahih.
"Dalam hal ini, Sufisme Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan al-Quran, al-Sunnah dan turath ulama muktabar adalah jalan sebenar dalam memenuhi keperluan kerohanian umat Islam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, pendekatan psikospiritual dalam tasawuf yang melibatkan amalan seperti tazkiyah al-nafs, zikir, muraqabah, serta pengenalan terhadap maqam-maqam kerohanian, adalah alternatif yang seimbang dan sah untuk menangani kekosongan jiwa manusia moden.
Jelas beliau, ia tidak hanya menjaga akidah tetapi juga mendidik jiwa agar kembali kepada ALLAH SWT dengan penuh adab dan rasa kehambaan.
"Umat Islam disarankan merujuk ke Jabatan Mufti untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan apa-apa kemusykilan termasuk aktiviti-aktiviti yang menggunakan nama motivasi, pembangunan diri, spiritual dan lain-lain yang berkaitan," katanya. -- Sinar Harian

#Jabatan Mufti Negeri Pahang
#fahaman New Age Movement
#menular dalam masyarakat
#Asmadi Mohamed Naim
#agama islam