KUALA LUMPUR: Pemilik rumah disaran memahami syarat dan terma dalam perjanjian urusan pembinaan dengan pihak kontraktor bagi mengelak menjadi mangsa penipuan pengubahsuaian rumah.
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.
"Sampel perjanjian itu menyenaraikan tanggungjawab dan obligasi kontrak semua pihak yang terlibat dalam projek pengubahsuaian dan ia sangat mudah difahami.
"Selain itu, pemilik rumah juga dimaklumkan mengenai kos terkini bahan binaan, buruh serta undang-undang dan peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan terhadap kerja-kerja pengubahsuaian," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran video Persatuan Rakan-Industri Rekabentuk Dalaman Malaysia (MIIP) bertajuk 'Jangan Jadi Mangsa Penipuan Kontraktor Pengubahsuaian Dalam Talian' sebagai sebahagian daripada usaha melindungi pengguna dan integriti industri.
Turut hadir, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang menerima kira-kira 30 aduan berkaitan penipuan pengubahsuaian dengan mangsa mengalami kerugian jutaan ringgit.
Dalam ucapannya dalam majlis itu, Teresa berkata kebanyakan mangsa tidak mempunyai pengetahuan mengenai perjanjian pembinaan yang betul dan tidak tahu bagaimana untuk meminta agar satu perjanjian dibuat semasa rundingan menjalankan projek pengubahsuaian.
"Justeru, saya menghargai CIDB kerana berusaha mewujudkan contoh perjanjian pembinaan dan mendidik orang ramai khususnya pemilik rumah mengetahui hak asas mereka dalam perkara ini," katanya.
Pemilik rumah atau kontraktor yang menghadapi isu berkaitan projek pengubahsuaian disaran membuat aduan kepada CIDB di talian 03-55673300 atau mengisi borang e-Bantuan di https://www.cidb.gov.my/e-bantuan/.
Video tersebut boleh ditonton di laman rasmi MIIP di https://miip.com.my adan platform media sosial mulai lewat malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
![Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624529351_pembangunanconstru.jpg)
Sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB oleh pemilik rumah untuk memudahkan pemahaman tentang perkara pembinaan. - Gambar hiasan
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
![Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624529351_pembangunanconstru.jpg)
Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.
![Ubah suai rumah ala kuil: Pemilik telah didakwa di mahkamah Ubah suai rumah ala kuil: Pemilik telah didakwa di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699756348_rumahkuil.jpg)
Ubah suai rumah ala kuil: Pemilik telah didakwa di mahkamah
Pendakwaan terhadap pemilik kediaman itu dilakukan mengikut Peruntukan Seksyen 70(13) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
![MPAJ keluar 62 notis ubah suai rumah flat tanpa kebenaran MPAJ keluar 62 notis ubah suai rumah flat tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656367138_MPAJkeluarnotis.jpg)
MPAJ keluar 62 notis ubah suai rumah flat tanpa kebenaran
Ubah suai dan tambahan struktur itu juga melanggar syarat hak milik bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan syarat tanah hak negeri.
![KPKT laksana program mentor mentee PBT KPKT laksana program mentor mentee PBT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654362106_MajlisBandarayaIpoh.jpg)
KPKT laksana program mentor mentee PBT
Melalui program itu, PBT yang berjaya akan membimbing PBT lain dari aspek pendapatan dan kewangan.
![Bekas pengurus kanan GLC ditahan terima suapan RM170,000 Bekas pengurus kanan GLC ditahan terima suapan RM170,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643190668_SPRM.jpg)
Bekas pengurus kanan GLC ditahan terima suapan RM170,000
Suspek lelaki berusia 51 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.
![Seorang lagi suspek penipuan ubah suai dalaman rumah ditahan Seorang lagi suspek penipuan ubah suai dalaman rumah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/71587725771_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Seorang lagi suspek penipuan ubah suai dalaman rumah ditahan
Sebelum ini suspek merupakan saksi kepada kes ini namun hasil siasatan mendapati dia bertindak sebagai pemilik akaun bagi penipuan itu.
![Dua lelaki ditahan disyaki tipu ubah suai rumah Dua lelaki ditahan disyaki tipu ubah suai rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621520816_HANDCUFF.jpg)
Dua lelaki ditahan disyaki tipu ubah suai rumah
Ia melibatkan sekurang-kurangnya 40 pemilik kondominium di sekitar ibu negara dengan kerugian RM84,550.
![Nyawa kome aku ambik, ingat! si tanggang ugut ibu kerana duit Nyawa kome aku ambik, ingat! si tanggang ugut ibu kerana duit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81501315774_domesticviolence.jpg)
"Nyawa kome aku ambik, ingat!" si tanggang ugut ibu kerana duit
Suspek berusia 48 tahun menumbuk dan mengugut untuk membunuh ibunya selepas gagal mendapatkan wang berjumlah RM40,000.