MALAYSIA
Fahmi Fadzil jumpa Menteri Komunikasi Indonesia, bincang kerjasama liputan berita
Fahmi bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Viada Hafid di Tokyo, Jepun pada Sabtu. - FB Fahmi Fadzil
TOKYO: Malaysia dan Indonesia memperkukuh kerjasama strategik liputan berita melibatkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Lembaga Kantor Berita Nasional Antara (ANTARA).
Ringkasan AI
Pertemuan antara Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dengan Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Viada Hafid di sini menyaksikan suasana perbincangan berlangsung positif serta mesra.
"Kami menyentuh pelbagai aspek penting dalam kerjasama dua hala, terutamanya komunikasi, media dan infrastruktur digital.
"Selari dengan landskap maklumat masa kini yang kian mencabar dan saling bergantung di peringkat serantau.
"Antara perkara utama dipersetujui merangkumi pertukaran bahan berita, liputan rentas sempadan, serta perkongsian sumber dan latihan professional," ujar Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Sabtu.
Perkara ini mencerminkan semangat kerjasama serantau yang kukuh antara Malaysia dan Indonesia.
"Ini penting dalam memastikan kedua-dua agensi berita kekal relevan, berwibawa, dan berupaya menyampaikan maklumat yang tepat serta seimbang kepada rakyat di negara masing-masing," katanya lagi.
Turut ditekankan dalam perbincangan ini adalah peranan penting Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) untuk mempererat jaringan petugas media profesional kedua-dua negara.
Tegas Fahmi, ISWAMI menjadi pemangkin kepada pemahaman dan persefahaman dalam kalangan rakyat melalui penceritaan yang lebih inklusif dan berpandangan jauh.
"Berbekalkan semangat kejiranan dan nilai bersama yang utuh, kami percaya Malaysia dan Indonesia mampu terus memperluas kerjasama dalam bidang komunikasi demi kepentingan dan kebaikan rakyat kedua-dua negara," ujarnya.
Perbincangan kedua-dua mereka berlangsung sewaktu Mesyuarat Menteri Asia Pacific Telecommunity (APT-MM) 2025 yang berlangsung dua hari mulai Jumaat.
Ringkasan AI
- Kerjasama Bernama: Antara Malaysia dan Indonesia memperkukuh hubungan antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Lembaga Kantor Berita Nasional Antara (ANTARA) melalui pertukaran bahan berita, liputan rentas sempadan, serta perkongsian sumber dan latihan profesional.
- Peranan ISWAMI Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia: Indonesia (ISWAMI) memainkan peranan penting dalam mempererat jaringan petugas media profesional kedua-dua negara, memastikan penceritaan yang lebih inklusif dan berpandangan jauh.
- Mesyuarat APT-MM 2025: Perbincangan antara Menteri Komunikasi Malaysia, Datuk Fahmi Fadzil, dan Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Viada Hafid, berlangsung sewaktu Mesyuarat Menteri Asia Pacific Telecommunity (APT-MM) 2025, membincangkan komunikasi, media, dan infrastruktur digital.