KUALA LUMPUR: Draf pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dalam usaha mengekang kebocoran data pengguna diharap dapat dibentangkan di Parlimen sebelum hujung tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pihaknya termasuk Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sedang meneliti beberapa penambahbaikan kepada draf pindaan kerajaan sebelum ini, sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
"Kita sedang teliti beberapa tambahan berkenaan aspek baharu boleh dimasukkan serta munasabah, kebolehpakaian akta ini," katanya kepada Bernama.
Fahmi berkata pindaan akta itu juga akan meneliti pemakluman wajib syarikat pemegang atau pengguna data kepada JPDP sekiranya berlaku kebocoran.
Selain itu, jumlah denda terhadap syarikat pengguna data yang didapati menyalah guna data juga perlu ditingkatkan ke tahap maksimum, katanya.
Beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana sejak 2017, penalti yang dikenakan terhadap kira-kira 25 syarikat yang terlibat dengan kebocoran data secara purata hanyalah RM24,000 setiap syarikat,
"Ia satu angka yang amat memilukan, sedangkan data yang bocor atau tiris mungkin beribu, berpuluh ribu atau beratus ribu, ini jumlah denda 15 tahun lalu dan sekarang ia semestinya tidak lagi sesuai," katanya.
Sementara itu, pihaknya turut merancang menaik taraf JPDP menjadi badan berkanun supaya jabatan itu mempunyai lebih banyak sumber bagi membanteras isu kebocoran data peribadi.
"Jika kita ingin membangunkan ekonomi digital, kita tidak boleh berharap pada satu badan sahaja, badan itu (JPDP) harus ditambah baik supaya mempunyai lebih ramai tenaga pekerja dari aspek penguatkuasaan dan sebagainya," katanya.
Menyentuh mengenai isu penipuan siber (cyber scam), Fahmi berkata kementeriannya sentiasa mencari jalan bagi mengekang jenayah yang semakin berleluasa itu termasuk perbincangan dengan pihak penyedia khidmat telekomunikasi.
Ia termasuk mekanisme menyekat panggilan dari luar yang berniat melakukan penipuan dan langkah tersebut telah dilaksanakan di beberapa negara maju.
Sementara itu, langkah meningkatkan literasi digital dalam kalangan pengguna juga akan terus dilaksanakan bagi menyemai kesedaran orang ramai terhadap penipuan siber.
"Menurut jabatan jenayah komersil ada lebih 14 jenis penipuan siber dan mereka (scammer) sentiasa mencari jalan lain jika kita mengekang mereka, kita melalui Jabatan Penerangan akan menyebarluaskan sebanyak mungkin info bagi menyedarkan orang ramai mengenai scam (penipuan) ini," katanya.
Fahmi berkata antaranya menjalankan kerjasama dengan masyarakat di akar umbi seperti komuniti masjid dan rumah ibadat lain, rukun tetangga serta sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023
Menurut Fahmi, akta itu juga akan meneliti pemakluman wajib syarikat pemegang atau pengguna data kepada JPDP sekiranya berlaku kebocoran.- BERNAMA
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.