awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi mahu syarikat telekomunikasi bantu selesaikan isu menara tiada kuali di Sarawak

Bernama
Bernama
20/05/2023
22:24 MYT
Fahmi mahu syarikat telekomunikasi bantu selesaikan isu menara tiada kuali di Sarawak
Fahmi berucap pada program Jiwa Kita Madani di pasaraya Mydin, di Kuching, 20 Mei 2023. -- fotoBERNAMA
KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta memanggil semua syarikat telekomunikasi bagi mencari jalan penyelesaian mengenai isu menara telekomunikasi yang tidak berfungsi disebabkan ketiadaan piring satelit di Sarawak.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kementeriannya akan mengeluarkan arahan itu kepada MCMC dalam tempoh kurang dua minggu daripada hari ini bagi membincangkan isu yang digelar sebagai 'menara tiada kuali.'
Beliau berkata isu itu merupakan antara beberapa aduan yang diterima sejak beliau memulakan lawatan pertamanya ke Sarawak pada Khamis lepas.
"Antara sebab saya ingin datang melihat sendiri keadaan ini ialah untuk mencari jalan penyelesaian... untuk ada Internet berkualiti, kita perlukan menara yang ada kuali... ada kuali, insya-Allah kita dapat Internet berkualiti," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian JIWA Kita MADANI di sini semalam.
Fahmi berkata perkara kedua untuk diselesaikan ialah panggilan terputus di kawasan yang mempunyai isyarat lemah.
"Sebagai contoh, ketika saya masuk ke bangunan ini tadi, hanya satu bar sahaja tanda isyarat. Jadi kita perlukan jalan penyelesaian, apa yang diperlukan untuk dipasang di dalam bangunan ini agar isyarat tidak mengalami masalah," katanya yang berharap untuk 'menoktahkan' permasalah Internet seperti itu dengan segera agar rakyat Malaysia dapat menikmati perkhidmatan berkualiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#syarikat telekomunikasi
#Sarawak
#menara tiada kuali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan