MALAYSIA
Fahmi nafi beri arahan, hantaran Facebook "Datu Bentan Alamin" satu fitnah
Fahmi menyeru agar fitnah dihentikan dan isu sensitif tidak dimanipulasi untuk kepentingan peribadi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menafikan bahawa beliau telah memberikan arahan atau kenyataan seperti dakwaan dalam hantaran Facebook "Datu Bentan Alamin".
Ringkasan AI
Beliau menegaskan bahawa hantaran berkenaan adalah fitnah, serta laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat terhadap pemilik akaun berkenaan.
"Saya tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan mahupun arahan seperti yang didakwa.
"Saya menyeru agar semua pihak menghentikan penyebaran fitnah dan tidak menunggang sebarang isu demi kepentingan peribadi, termasuk menjadikan kes Zara Qairina sebagai bahan untuk dimanipulasi," katanya dalam hantaran Facebook beliau.
Dalam hantarannya itu, Fahmi turut berkongsi tangkap layar akaun Facebook Datu Bentan Alamin yang mendakwanya mengarahkan supaya kandungan terkait isu kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir dipantau dan disekat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menafikan dakwaan bahawa beliau mengarahkan pemantauan atau sekatan kandungan berkaitan kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.
- Laporan polis dan aduan kepada MCMC telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook 'Datu Bentan Alamin' yang didakwa menyebarkan fitnah.
- Fahmi menyeru agar fitnah dihentikan dan isu sensitif tidak dimanipulasi untuk kepentingan peribadi, sambil menekankan pentingnya empati dan kepercayaan kepada proses siasatan rasmi.