awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi nasihat pelajar Malaysia pelajari budaya kerja warga Jepun

Bernama
Bernama
31/05/2025
14:11 MYT
Fahmi nasihat pelajar Malaysia pelajari budaya kerja warga Jepun
Fahmi berada di Tokyo bagi menghadiri Asia Pacific Telecommunity Ministerial Meeting (APT-MM) 2025 yang berlangsung dari 30 hingga 31 Mei. - Bernama
TOKYO: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menasihati pelajar Malaysia di Jepun agar mempelajari budaya kerja warganegara itu yang sangat berdisiplin sebelum pulang untuk berbakti kepada negara.
Beliau berkata pelajar Malaysia di Jepun juga perlu mencari peluang bekerja di negara itu bagi menimba pengalaman untuk dimanfaatkan apabila kembali berkhidmat di tanah air.
"Insya-Allah, sekarang kita berada di satu kedudukan yang baik termasuk dari segi ekonomi dan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
"Jadi saya harap anda semua ambil kesempatan belajar di sini, cari peluang untuk bekerja... kemudian pulang ke tanah air dan berkhidmat kepada negara," katanya pada majlis makan malam bersama diaspora dan pelajar Malaysia di sini.
Fahmi berada di Tokyo bagi menghadiri Asia Pacific Telecommunity Ministerial Meeting (APT-MM) 2025 yang berlangsung dari 30 hingga 31 Mei yang antara lain bertujuan meningkatkan kerjasama serantau dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat.
Turut hadir Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Jepun iaitu Anwar Udzir dan warga kedutaan.
Seramai 38 orang terdiri daripada sebelas diaspora Malaysia dan 27 pelajar pelbagai universiti sekitar Tokyo menyertai sesi ramah mesra serta makan malam itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dispora malaysia
#Jepun
#budaya jepun
#Fahmi Fadzil
#pelajar malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan