awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi, Saifuddin serta tiga menteri JPM merafak sembah pelantikan Tunku Mahkota Ismail

Bernama
Bernama
28/01/2024
21:30 MYT
Fahmi, Saifuddin serta tiga menteri JPM merafak sembah pelantikan Tunku Mahkota Ismail
Beberapa jemaah menteri merafak sembah dan menitipkan doa dan kesejahteraan kepada Tunku Mahkota Ismail serta keluarganya. - Foto Facebook/Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi media sosial Facebooknya merafak sembah setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor pada Ahad.
"Dirgahayu Tuanku! Daulat Tuanku!," katanya.
Dalam pada itu, beberapa jemaah menteri turut merafak sembah dan menitipkan doa dan kesejahteraan kepada Tunku Mahkota Ismail serta keluarganya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, selain menjunjung kasih kepada baginda, beliau turut mendoakan agar Pemangku Sultan Johor itu dan keluarga sentiasa dirahmati serta berada di bawah lindungan Allah SWT.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa turut merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Tunku Mahkota Ismail.
"Patik mendoakan agar DYAM Tunku Mahkota Ismail serta seluruh kaum kerabat dikurnia dan dilimpahi ramat, keberkatan, kemuliaan dan keafiatan dalam menaungi negeri Johor Darul Ta'zim," katanya dalam hantaran di media sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said masing-masing turut merafak sembah atas pelantikan itu serta mendoakan kesejahteraan Tunku Mahkota Ismail.
"Daulat Tuanku. Allah Berkati Johor," kata Azalina.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunku Mahkota Johor
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Pemangku Sultan Johor
#Allah Berkati Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan