KUALA LUMPUR: Seramai enam individu dilantik sebagai Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu bagi mengisi kekosongan sedia ada berkuat kuasa 1 Ogos lepas hingga 31 Julai 2025.
FINAS dalam kenyataan pada Selasa berkata mereka yang dilantik adalah Saeful Fadhly Moktar; Aidah Ahmad Adzmi; Chacko George Vadaketh; Rozaidi Abdul Jamil; Yee I-Lan dan Gregory Wee Lik Hoo.
Menurut kenyataan itu, watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam majlis yang diadakan di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi FINAS Datuk Kamil Othman, ahli-ahli Perbadanan dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS Rozita Waty Ridzuan.
"FINAS yang bertanggungjawab meletakkan fokus pemerkasaan ekonomi dan kualiti industri kreatif termasuk sektor perfileman, akan terus komited dalam memastikan pembangunan industri filem tempatan terus berkembang," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkata beliau akan cuba membantu FINAS terutama dalam aspek kebajikan industri seni selain mengangkat martabat anak-anak seni menerusi badan itu.
"Kita juga akan membangunkan data untuk industri dan secara tidak langsung ia akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai pemain industri di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
FINAS dalam kenyataan pada Selasa berkata mereka yang dilantik adalah Saeful Fadhly Moktar; Aidah Ahmad Adzmi; Chacko George Vadaketh; Rozaidi Abdul Jamil; Yee I-Lan dan Gregory Wee Lik Hoo. - Gambar fail/Astro AWANI
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.
Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.
FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu perlu ditambah baik dalam Akta Finas untuk memastikan aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif di negara ini tidak diketepikan.
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.