Fahmi ucap selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu

Bernama
Februari 4, 2023 16:41 MYT
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu yang menyambut perayaan itu esok. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu yang menyambut perayaan itu esok.
"Semoga semangat Malaysia Madani mampu mengeratkan lagi hubungan antara semua kaum dan agama di Malaysia," katanya dalam hantaran di Facebook.
Dijangkakan lebih 300,000 pengunjung berada di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam bermula petang tadi hingga esok, menurut Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi.
Thaipusam yang dirai pada bulan 'Thai', bulan ke-10 dalam kalendar Tamil, disambut penganut agama Hindu sempena memperingati kelahiran Dewa Murugan.
-- BERNAMA
#Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil #Selamat Hari Thaipusam #penganut hindu #Malaysia Madani