Fahmi ucap takziah kepada keluarga Pengarang Berita Kanan BH

Bernama
September 30, 2023 09:00 MYT
Salina, 53, meninggal dunia selepas beberapa tahun menderita akibat penyakit kanser servik pangkal rahim, serta akibat jangkitan selepas pembedahan. - Gambar/ X Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Pengarang Berita Kanan Berita Harian (BH) Salina Abdullah, yang meninggal dunia hari ini.
Fahmi dalam hantaran di Facebook beliau hari ini, mendoakan keluarga Allahyarham tabah dengan ujian itu.
Menurut laporan Berita Harian, Allahyarham meninggal dunia pada 8.20 pagi tadi di rumahnya di Subang Jaya, Selangor.
Salina, 53, meninggal dunia selepas beberapa tahun menderita akibat penyakit kanser servik pangkal rahim, serta akibat jangkitan selepas pembedahan.
-- BERNAMA
#pengarang kanan berita BH #Salina Abdullah #meninggal dunia #Fahmi Fadzil