Fakrol guna bola untuk selamat berenang semula ke tebing tasik

Ian Johan Ariff
Januari 9, 2019 09:20 MYT
Gambar operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas, Khairul Anuar Hashim yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan media sosial tengah malam tadi.
TRAGEDI seorang pemain bola sepak amatur, Khairul Anuar Hashim, 26 tahun, yang mati lemas di Tasik Eco Ardence di Setia Alam pada tengah malam tadi mengejutkan ramai pihak.
Mangsa dipercayai lemas akibat terjatuh ke dalam tasik ketika cuba mengambil bola di dalam tasik berkenaan.
Salah seorang pemain bola sepak amatur, Fakrol Mohamad pernah berenang sehingga ke tengah tasik yang sama untuk mengambil bola pasukannya di tasik berkenaan, mengimbau kembali detik cemas ketika berenang di tasik berkenaan.
Menurut pemain pasukan Bandar Kinrara FC (BKFC) itu, selepas habis perlawanan yang berlangsung pada tengah malam, dia dan dua orang rakan pergi mencari bola milik pasukan itu yang memasuki tasik itu.
Selepas melihat ia berada di tengah tasik, Fakrol, 28 tahun, tidak berfikir panjang dan berenang ke tengah tasik untuk mengambil bola itu.
"Bahagian tepi pun sangat dalam dan berselut, masa berenang nak pergi ambil bola pun tak berapa yakin kerana sebab saya agak penat baru habis bermain bola sepak di padang berdekatan tasik itu," kata Fakrol.
"Walaupun hampir kejang semasa berenang sehingga ke tengah tasik, saya terpaksa gagah juga ke berenang ke arah bola kerana perlu menjadikan bola itu sebagai pelampung untuk membantu saya berenang semula ke tebing tasik.
"Saya bersyukur berjaya berenang semula ke tebing dengan bantuan dua rakan saya Faiz dan Shah, namun tidak menggalakkan orang lain mencuba perkara yang sama kerana ia sangat bahaya dan kematian Khairul adalah pengajaran kepada kita semua."
Menurut Fakrol, dia berpengalaman belajar berenang secara tidak formal dengan berenang di lombong di kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah.
Dia turut menasihati supaya biarkan sahaja jika bola termasuk ke dalam tasik itu dan tidak perlu tunjuk ‘hero’ kerana nyawa kita lebih berharga daripada bola tersebut.
Khairul terus diingati
Dalam pada itu, rakan-rakan Khairul berkongsi kesedihan pemergiannya di media sosial.
Sangat aktif dalam bola sepak, Khairul juga beraksi untuk pasukan amatur, Cheras Raptors FC dalam saingan Selangor Champions League (SCL) tahun lepas.
Pihak pengurusan Cheras Raptors turut berkongsi kesedihan di laman Facebook atas kehilangan Khairul.
Pasukan bola sepak lain dan Malaysia Football League (MFL) turut bersedih dengan pemergian Khairul.

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM KHAIRUL ANUAR HASHIM Kami dari Persatuan Bola Sepak Perlis mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Khairul Anuar, Pemain Sarban FC & Cheras Raptors FC. Al-Fatihah. pic.twitter.com/yPEOZ3b7mo

— Official PERLIS Northern Lions (@perlisfootball) January 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

MFL dan semua peminat bolasepak negara mengucapkan salam takziah buat keluarga Pemain Sarban FC & Cheras Raptors FC, Allahyarham Khairul Anuar bin Hashim. pic.twitter.com/vDnHLUt3cX

— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Takziah buat @cherasraptorsfc di atas pemergian pemain penyerang mereka Khairul Anuar Hasyim atau Boy akibat lemas di Tasik Eco Ardence. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Ikhlas dari saya dan seluruh warga pasukan dan peminat @AmpangUnitedFC pic.twitter.com/VV0zFGZgRT

— - (@mvtthvmzvh) January 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Salam takziah utk keluarga Arwah Khairul Anuar Hashim (Boboy) & Sarban FC. Arwah Khairul mati lemas ketika cuba mengambil bola di Tasik Eco Ardence semasa perlawanan persahabatan antara Sarban FC vs SD FC mlm td. pic.twitter.com/PR5D72Azzz

— Shah Alam Antlers FC (@ShahAlamAntlers) January 8, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bandar Kinrara FC #BKFC #Eco Ardence #Fakrol Mohamad #lemas #Setia Alam #Tasik Eco Ardence