Fakta masih relevan, Tun Mahathir kekal 'Bapa Pemodenan' - Menteri Pendidikan

Hafiz Marzukhi
Ogos 1, 2017 05:02 MYT
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penulisan buku teks Kementerian Pendidikan dibuat berdasarkan fakta dan dokumen. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan tidak akan mengubah kandungan buku teks sedia ada di sekolah berkaitan rujukan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penulisan buku teks Kementerian Pendidikan dibuat berdasarkan fakta dan dokumen.
"Fakta tersebut masih relevan dan akan dikekalkan dalam buku teks Kementerian Pendidikan," kata Mahdzir dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Beliau memberi reaksi kepada pertanyaan daripada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanyakan sama ada Tun Mahathir akan terus diberi pengiktirafan kerana memodenkan Malaysia dalam buku teks di sekolah.
#Bapa Pembangunan #buku teks #Kementerian Pendidikan #Mahathir Mohamad #Mahdzir Khalid #Parlimen