awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faktor cuaca tidak menentu antara punca pengeluaran telur ayam berkurangan

Bernama
Bernama
27/01/2022
02:26 MYT
Faktor cuaca tidak menentu antara punca pengeluaran telur ayam berkurangan
Ahmad berkata kementerian tidak menyangkal dakwaan wujudnya kawalan harga telur ayam di pihak peruncit. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Keadaan cuaca yang tidak menentu antara punca kurangnya penghasilan dan pengeluaran telur ayam dalam negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah.
Beliau berkata faktor berkenaan bukan hanya mempengaruhi hasil keluaran sektor pertanian malah menjejaskan bekalan haiwan ternakan dan perikanan.
Selain itu, faktor yang turut mempengaruhi pengeluaran telur berkurangan adalah susulan kejadian banjir luar jangka baru-baru ini di samping peningkatan kos harga bekalan makanan ternakan yang diimport.
"Kalau ikut trend pengeluaran (telur ayam) kita (sebelum ini), Januari bekalan kurang tapi menjelang Februari bekalan akan meningkat balik kerana perkara ini bermusim," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor ke-44 di sini, malam tadi.
Ahmad berkata kementerian tidak menyangkal dakwaan wujudnya kawalan harga telur ayam di pihak peruncit.
"Kita (kementerian) dapati, memang ada kebenaran berhubung kawalan harga (di pihak peruncit). Orang sentiasa berikan perhatian pada pengeluar. Kita perlu memahami harga dan kos pengeluaran.
"Jadi di situ kita akan sentiasa berikan perhatian melalui kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana kita membekalkan dan kementerian itu memastikan harga (tidak tinggi)," katanya.
Ahmad mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam berhubung bekalan telur ayam pelbagai gred di seluruh negara yang didakwa bukan sahaja sema-kin berkurangan, malah kebanyakan pasar raya serta kedai runcit berdepan masalah kehabisan stok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#telur ayam
#cuaca
#Ahmad Hamzah
#kawalan harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan