KUALA LUMPUR:Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membenarkan pasukan negara menjalani kem latihan pusat dan akan segera melakukan gerak kerja termasuk mengadakan perbincangan bersama pelbagai pihak terlibat antaranya Majlis Sukan Negara (MSN).
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perbincangan bersama pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga-M) bagi tujuan penyediaan venue latihan dan pelepasan pemain turut akan diadakan dalam masa terdekat.
"Dengan mengambil kira kem latihan pusat ini perlu diadakan secara kuarantin, kami perlu melakukan perancangan cukup teliti dalam mendapatkan persetujuan MSN terutama dari segi tempat tinggal dan juga kemudahan padang latihan sebelum dapat membuat ketetapan tarikh kem latihan pusat untuk diadakan.
Banyak perkara lain turut perlu dipertimbangkan antaranya pelepasan pemain memandangkan kelab-kelab Liga-M juga dalam persiapan menjelang sepak mula Liga Super dan Liga Premier 2021 pada penghujung Februari. Kami akan maklumkan dalam masa terdekat ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam kenyataannya mengesahkan skuad Harimau Malaya diberi kebenaran menjalani kem latihan pusat menggunakan pendekatan kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, dalam masa terdekat.
Menurut Reezal, MSN mempunyai fasiliti dan kemudahan yang sesuai untuk melakukan persiapan menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada Mac depan.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe bakal bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi pada 25 Mac dan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 30 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Hamidin berkata perbincangan bersama pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga-M) bagi tujuan penyediaan venue latihan dan pelepasan pemain turut akan diadakan dalam masa terdekat. - BERNAMA

AS lancar serangan di Syria sasar militan
Sasaran kali ini adalah terhadap fasiliti kemudahan yang didakwa Pentagon sebagai milik militan yang disokong Iran.

KPT tubuh jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa
KPT menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa bagi meneliti dan menangani masalah sosial semasa dalam kalangan mereka.

Eksport, import Malaysia pada Januari 2021 terus catat pertumbuhan positif
Jumlah eksport Malaysia meneruskan momentum positif selama lima bulan berturut-turut, berkembang 6.6 peratus daripada RM84.1 bilion pada Januari 2020 kepada RM89.6 bilion.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.

Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net
Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara dua kes baharu penularan tempatan di Singapura
Lelaki itu yang tiba dari Malaysia pada 23 Dis tahun lepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 22 Jan dan dos kedua pada 14 Feb.

AWANI Ringkas: Pesakit COVID-19 boleh diarah pakai gelang pengesan

"Tidak sedar sudah selesai" - Reaksi Ismail Sabri selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19
Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita palsu berhubung keselamatan vaksin.

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

Cheng Hoe lega saingan Liga-M 2021 bermula 5 Mac
Tan Cheng Hoe kini mampu menarik nafas lega dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia untuk memulakan saingan Liga-M 2021 pada 5 Mac ini.

PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden persatuan itu.

Perak FC sahkan penamatan kontrak Mehmed sebagai ketua jurulatih
Penamatan kontrak itu adalah atas permintaan Mehmed sendiri yang memaklumkan ingin pulang ke Australia bagi menyelesaikan urusan keluarga.

Astro hasil dokumentari eksklusif dengan KLUFC
Astro dan Kuala Lumpur United FC (KLUFC) mengumumkan akan menyiarkan satu dokumentari baharu kisah di belakang tabir pasukan itu pada musim Liga Super Malaysia akan datang.

EPL: Kami fokus kepada permainan sendiri - Solskjaer
United mengatasi Newcastle United 3-1 awal pagi tadi untuk kekal di tangga kedua, di hadapan Leicester City dengan perbezaan jaringan tetapi ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Arteta tahu semua tentang bola sepak - Guardiola
Aksi cemerlang City diteruskan selepas melengkapkan kemenangan ke-18 dalam semua pertandingan - hasil jaringan Raheem Sterling di awal permainan.

KBS hantar senarai 4,000 nama atlet, pegawai terima vaksin awal
Senarai telah dihantar kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, yang merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

FAM, MFL mohon pemain dan pegawai diberi suntikan vaksin COVID-19
"Kita berdoa vaksin kita dapat digunakan supaya dapat melihat bola sepak tempatan bergerak dengan lebih baik dan berkeyakinan."

Kami hanya perlukan tuah elak krisis kecederaan - Klopp
Juara bertahan itu mendahului City - yang menamatkan saingan di tempat kedua - dengan 18 mata pada musim 2019-20 untuk mengakhiri penantian 30 tahun ditabalkan sebagai juara.