MALAYSIA
FAMA jamin bahan mentah dan sayur cukup sepanjang MTL
FAMA bekerjasama dengan pengimport untuk tingkatkan bahan mentah dan sayuran selain persiapan bekalan bersama NADMA telah capai 80 peratus. - Gambar hiasan/Astro AWANI
GEORGE TOWN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan bahan mentah dan sayuran stabil serta mencukupi sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan hingga Mac 2026.
Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli berkata, pihaknya bekerjasama dengan pengimport untuk meningkatkan bahan mentah dan sayuran selain persiapan bekalan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mencapai 80 peratus.
"Secara keseluruhannya bekalan stabil dan mencukupi kerana kita jangkakan mungkin hujan atau banjir di kawasan Pantai Timur namun tidak di tempat lain seperti Pantai Barat...contohnya jika kekurangan di satu-satu tempat kami akan ambil dari kawasan lain supaya (bekalan) mencukupi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Aminuddin ditemui selepas perasmian Karnival Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) di Padang Kota yang dirasmikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow serta turut dihadiri Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri.
Mengulas mengenai IMAT, Aminuddin berkata Pulau Pinang menjadi negeri kedua pelaksanaan karnival itu selepas Sabah dengan sasaran nilai jualan RM700,000 dan jangkaan pengunjung seramai 15,000.
Beliau berkata karnival itu sebagai platform kepada pengguna mendapatkan produk keluaran tempatan selain bertujuan meningkatkan pendapatan serta jaringan pasaran usahawan dan menjana sumber ekonomi negeri.
"Karnival ini menjadi acara kemuncak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan FAMA dalam memberikan pendedahan kepada usahawan ke arah mempertingkatkan tahap keusahawanan serta daya saing dan menarik minat usahawan muda menceburi bidang pemasaran pertanian.
"Kami juga mahu memberikan pendedahan kepada peluang perniagaan dan teknologi terkini dalam industri pemprosesan makanan," katanya sambil menambah karnival tersebut akan diteruskan di Sarawak dan Selangor.
Aminuddin berkata menerusi IMAT pihaknya turut mewujudkan rangkaian pemasaran produk agromakanan bagi meningkatkan hasil pendapatan golongan sasar, usahawan, petani, penternak, peruncit, pemborong dan pengeksport.
Pada majlis itu, 12 usahawan menerima geran dan bantuan FAMA bernilai RM375,030 iaitu enam orang menerima Geran Agroprenuer Muda, lima orang menerima bantuan rezeki tani dan seorang menerima Geran Agropelancongan.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini