KUALA LUMPUR: Datuk Farhash Wafa Salvador tidak lagi menjadi pemegang saham utama dalam HeiTech Padu Bhd.
HeiTech Padu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata penghentian jumlah kepentingan beliau itu adalah disebabkan oleh perubahan dalam pegangan saham dalam Mfivesouthsea Sdn Bhd, syarikat induk Rosetta Partners Sdn Bhd menurut Seksyen 8(4) Akta Syarikat 2016.
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024 melalui urus niaga perniagaan langsung.
HeiTech Padu menjadi tumpuan baru-baru ini berikutan penganugerahan kontrak RM190 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penyelenggaraan dan sokongan teknikal Infrastruktur ICT termasuk MySikap di pusat data dan pejabat JPJ.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke menerusi satu kenyataan menjelaskan proses pemberian kontrak itu berkata tender terbuka telah dijalankan bagi kontrak tersebut dan HeiTech Padu dipilih kerana bidaannya pada harga yang berpatutan.
"Penerimaan (bagi HeiTech Padu) telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan pada 4 Dis 2023 untuk kelulusan akhir.
"Kelulusan perbendaharaan diperoleh pada 8 Feb, 2024 bagi jumlah RM185 juta, tidak termasuk cukai perkhidmatan," katanya dalam kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu. - Gambar fail
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Kerajaan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Rallies across Asia, M'sia to call for greater labour rights
Some 1,500 workers in Malaysia marched through Dataran Merdeka to demand greater workers' rights, while workers and activists across Asia took to the streets in their respective capitals to mark Labour Day.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Jangan buat spekulasi pemimpin kanan PKR Perak ditahan SPRM - Farhash Wafa Salvador
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata beliau dimaklumkan pemimpin itu dipanggil SPRM pada pagi Selasa untuk membantu siasatan agensi berkenaan.
PKR Perak jemput semua ahli politik utamakan perpaduan demi rakyat
PKR Perak menjemput semua ahli politik agar mengutamakan perpaduan demi kesejahteraan rakyat.
Saya tak setuju desakan supaya Azmin letak jawatan - Anwar
Beliau juga menegaskan tidak sependapat dengan setiausaha politiknya itu berkenaan isu video lucah yang mengandungi aksi seks luar tabii, didakwa membabitkan Mohamed Azmin.