KUALA LUMPUR: Fasa 1 kawalan pergerakan kekal dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator yang digariskan dicapai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Perdana Menteri, ketiga-tiga indikator itu ialah meliputi jumlah kes harian, tahap sistem kesihatan awam dan kadar vaksinasi.
“Saya nak jelaskan sebab ada yang tidak berapa faham, bahawa mereka kata sekarang ni dah nak tamat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sebagainya, tetapi mulai sekarang ini kita tak sebut PKP, kita sebut kita berada di fasa.
“Sekarang ini ialah fasa pertama dan fasa pertama ini sampai Julai, mungkin pertengahan dan sebagainya, jadi bukan kita kira 28 Jun, ada silap,” kata Perdana Menteri selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini pada Ahad.
Jelas Perdana Menteri lagi, fasa pertama ini akan terus dilaksanakan sehingga kerajaan mencapai nilai ambang yang ditetapkan.
“Kita masih di fasa pertama dan fasa pertama ini kita akan lanjutkan sehingga mana kita telah mencecah nilai ambang.
“Ia termasuk kes di bawah 4,000, kes di ICU sudah turun dari paras tenat dan masalah vaksinasi yang akan ditingkatkan,” katanya.
Perdana Menteri menambah, peralihan fasa-fasa tersebut memerlukan kerjasama semua pihak dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dapat dipatuhi.
Tegas Muhyiddin lagi, dalam masa sama, langkah-langkah untuk kawalan kepada masalah penyakit dan wabak masih berterusan.
"Umpamanya, di Selangor kita beri perhatian khusus kerana Selangor dilihat terkesan besar kerana kes-kesnya lebih 1,000, semalam 2,000 dan sebagainya.
"Jadi, sebab itu Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan (Menteri Kanan Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah umumkan kawasan-kawasan di Selangor akan diberikan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) yang lebih ketat di kawasan-kawasan yang diumumkan.
"Kenapa begitu, antara kes yang banyak berlaku ialah di Selangor seperti tempat kerja, kediaman ataupun dalam komuniti. Banyak telah berlaku begitu, kalau kita nak menurunkan kadar kes ini kita perlu memberi perhatian dalam kawasan-kawasan sebegini," katanya lagi.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, beberapa langkah susulan lain dijangka dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kes di seluruh negara dapat diturunkan.
BACA: 4 fasa Pelan Pemulihan Negara, 3 indikator utama jadi panduan
Melalui PPN, kriteria peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 adalah kes harian COVID-19 di bawah 4,000; kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap sederhana; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.
Peralihan ke Fasa ketiga pula akan berlangsung selepas purata kes harian tidak lebih 2,000, kapasiti ICU mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin penuh.
Ia dijangka dapat dicapai pada bulan September.
Manakala, Fasa Ketiga kepada Fasa Keempat PKP hanya dilakukan setelah purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes.
Hasimi Muhamad
Sun Jun 27 2021
Fasa 1 kawalan pergerakan kekal dalam Pelan Pemulihan Negara sehingga tiga indikator yang digariskan dicapai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
MEF minta PPN dipercepat ke Fasa 3 dan 4 bagi kelangsungan sektor bukan perlu
Kawalan pergerakan berterusan yang telah "kekal berkuat kuasa sejak Mac 2020 terus menjejaskan perniagaan dan pekerjaan."
PPN: Negeri yang telah beralih ke fasa dua tidak akan kembali ke fasa satu
Negeri yang beransur pulih daripada Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa Dua tidak akan 'berpatah balik' ke Fasa Satu.
FMM cadang fasa kawalan pergerakan bersasar untuk putuskan rantaian COVID-19
Langkah-langkah kawalan pergerakan sepatutnya disasarkan kepada kawasan yang mencatatkan kes tinggi jangkitan COVID-19.
Fasa 1 kawalan pergerakan akan kekal - Perdana Menteri
Fasa 1 kawalan pergerakan kekal dalam Pelan Pemulihan Negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun
Segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.
Operasi perniagaan pulih sedikit pada separuh kedua 2020 - BNM
Langkah pembendungan COVID-19 yang dilaksanakan baru-baru ini adalah kurang ketat dan lebih bersasar.
Sekiranya Agong isytihar darurat, asasnya sudah ada - Penganalisis Keselamatan
Kita mempunyai sandaran ketika darurat 1969, proses ini menghasilkan beberapa tindakan dan undang-undang berkesan untuk pastikan ia tidak berulang dan menjamin ekonomi rakyat selepas pelaksanaannya
Orang ramai terus patuh SOP PKPP
Sepanjang tempoh seminggu ini, ada juga yang masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan kebiasaan baharu seperti disarankan Kementerian Kesihatan.
Ke arah bebas COVID-19: Teruskanlah kawalan kendiri, patuhi SOP
Semuanya bergantung kepada keampuhan rakyat melakukan kawalan kendiri mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) memandangkan tiada lagi kawalan pergerakan dan negara dalam fasa pemulihan.
Patuhi SOP, jangan dedah diri kepada risiko jangkitan COVID-19
Pakar perubatan menjangkakan virus itu akan berada dalam persekitaran kehidupan manusia selama dua tahun dan rakyat perlu terus berada di rumah jika tidak ada keperluan untuk keluar.