PUTRAJAYA: Sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Ogos ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Selain itu beliau berkata, keputusan berkenaan dicapai setelah pihak kerajaan berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam sektor-sektor berkepentingan.
Kemudahan-kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuat kuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 ialah:
1. Kedai cuci kereta
2. Kedai elektrik dan elektronik
3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
4. Kedai perabot
5. Kedai peralatan sukan
6. Kedai aksesori kereta
7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
10. Kedai barang kemas
11. Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)
Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja), terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.
Beliau berkata, ia termasuk memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan di antara pekerja dan pelanggan, serta tidak membenarkan penggunaan fitting room.
“SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan," katanya lagi.
Selain itu Perdana Menteri berkata, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination).
“Ini bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
"Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos,” katanya lagi.
Bagaimana pun, Perdana Menteri berkata, penting untuk dijelaskan, kemudahan terbaharu yang yang diumumkan itu terpakai ke atas semua fasa PPN dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus.
Selain itu, katanya lagi, individu-individu yang ingin memanfaatkan kemudahan tersebut juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.
“Sebagai contoh, sehingga 14 Ogos 2021, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa (18 tahun ke atas) di Lembah Klang telah mencapai 64.7 peratus.
“Maka, individu yang telah lengkap vaksinasi di Lembah Klang boleh memanfaatkan kemudahan-kemudahan ini apabila kemudahan-kemudahan ini mula berkuatkuasa,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Aug 15 2021
![Fasa 1 PPN: Kerajaan setuju buka 11 sektor ekonomi mulai 16 Ogos Fasa 1 PPN: Kerajaan setuju buka 11 sektor ekonomi mulai 16 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627135154_MuhyiddinYassin.jpg)
Sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Ogos ini, umum perdana menteri. -Gambar fail
![Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722060245_baranganantikGale.jpg)
Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World
Mata wang haiwan yang dikumpul sejak tahun 2005 itu terdiri daripada pelbagai bentuk.
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
![MPN komited jana idea, strategi untuk pulihkan Malaysia MPN komited jana idea, strategi untuk pulihkan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664697736_TBMPN.jpg)
MPN komited jana idea, strategi untuk pulihkan Malaysia
Meskipun kesihatan menjadi tumpuan paling utama namun sektor lain seperti pendidikan, ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat tidak langsung diketepikan bagi memulihkan negara.
![Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656760530_PresidenBersatuTan.jpg)
Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.
![Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik suku pertama 2022 - DOSM Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik suku pertama 2022 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647680357_pekerjawargaasing.jpg)
Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik suku pertama 2022 - DOSM
Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik pada suku pertama 2022 berikutan peningkatan berterusan permintaan dan penawaran.
![Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642690992_TBUzir.jpg)
Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.
![150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis 150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641916566_ACPNoorDellhanYah.jpg)
150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.
![Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran hampir 100 peratus - Nanta Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran hampir 100 peratus - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643198686_TBNantaLinggi.jpg)
Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran hampir 100 peratus - Nanta
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara oleh 1.09 juta premis sektor perdagangan pengedaran di seluruh negara kini mencapai 99.9 peratus.
![P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641632553_TBsolatjemaah.jpg)
P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah
Pulau Pinang belum bercadang untuk mewajibkan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan menerima suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid atau surau.
![154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis 154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644678134_pemeriksaanpusathi.jpg)
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
![Sekatan pergerakan? Tiada pusingan U, kata Muhyiddin Sekatan pergerakan? Tiada pusingan U, kata Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641821925_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Sekatan pergerakan? Tiada pusingan U, kata Muhyiddin
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu memberitahu, pengalaman sebelum ini ketika negara mendepani COVID-19 sudah memadai untuk kerajaan menguruskan situasi semasa.
![PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634023076_covidorangramai.jpg)
PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar
Apa yang lebih penting kini adalah memastikan semua pelan di bawah PPN yang sedia ada diperkukuhkan dan mencapai objektif, sebelum pelan baharu dirangka.