awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa 2 PPN: PJJ boleh rentas negeri, daerah bagi kes kecemasan, keperluan khas

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2021
08:58 MYT
Fasa 2 PPN: PJJ boleh rentas negeri, daerah bagi kes kecemasan, keperluan khas
Ismail Sabri berkata, kebenaran untuk pasangan PJJ masih tertakluk kepada kebenaran yang perlu dipohon daripada pihak PDRM. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kebenaran merentas negeri dan daerah bagi pasangan jarak jauh (PJJ) dibenarkan pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya untuk kes kecemasan dan keperluan khas.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagaimanapun masih tertakluk kepada kebenaran yang perlu dipohon daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Untuk Fasa Dua kita benarkan rentas negeri dan dearah kepada pasangan jarak jauh tetapi dalam kes-kes kecemasan dan keperluan khas dengan kelulusan PDRM.
"Kecemasan kita tahu tetapi ini kes-kes khas misalnya isteri hendak melahirkan atau mempunyai anak yang masih bayi jadi perlukan suami untuk hadir bersama... kerana anak tidak sihat dan sebagainya, itu kita benarkan," katanya ketika sidang media bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Sabtu.
Dalam pada itu ujar Ismail Sabri, masa pembukaan pasar borong adalah ditetapkan pada pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi.
Jelasnya, tiada isu berbangkit dalam soal masa pembukaan pasar borong kerana ia hanya dibenarkan untuk pemborong dan bulan pembelian individu.
Topic Berkaitan
#PPN
#Fasa dua
#Pelan Pemulihan Negara
#PJJ
#pasangan jarak jauh
#rentas negeri
#rentas daerah
#dibenarkan
#kelulusan PDRM
#anak kecil
#bayi
#kecemasan
#keperluan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan