PUTRAJAYA: Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang membabitkan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kumpulan yang mempunyai penyakit kronik akan bermula 19 April ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, mereka yang tersenarai akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula 5 April ini atau dua minggu sebelum tempoh suntikan.
"Kita akan mulakan fasa ini pada 19 April dan akan mula beri temujanji kepada mereka yang terpilih mulai 5 April ini.
"Kita akan bagi notis dua minggu sebelum temujanji. Keutamaan diberikan kepada golongan warga emas, OKU dan kumpulan yang mempunyai penyakit kronik," katanya pada sidang media mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberitahu, setakat semalam, dua juta daripada sembilan juta golongan sasaran untuk fasa kedua sudah mendaftar dan pihaknya yakin bilangan itu akan meningkat.
"Sementara tunggu untuk meyakinkan mereka, bila bekalan (vaksin) sudah mencukupi, kita akan dahulukan mereka yang sudah mendaftar untuk fasa ketiga," tambahnya lagi.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19 di sini.
Dalam perkembangan yang sama, Khairy memaklumkan, sebanyak 7,235,436 individu telah berdaftar untuk program vaksinasi dengan 29.83 peratus temujanji telah diberikan.
Sehingga semalam katanya, 451,655 individu menerima dos pertama sementara 129,110 daripada telah melengkapkan vaksinasi dengan pengambilan dos kedua.
Menurutnya, lima negeri yang mencatat jumlah tertinggi individu divaksinasi adalah Selangor (75,317), Perak (59,305), Sarawak (57,034), Sabah (52,223) dan Kuala Lumpur (50,512).
"Sementara Kuala Lumpur dilaporkan jumlah daerah tertinggi vaksinasi dengan 50,512, diikuti Petaling Jaya (23,573), Kinta (21,177), Kuantan (19,959) dan Timur Laut (18,719)," tambahnya lagi.
Umavathi Ramayah
Mon Mar 29 2021
Khairy berkata, mereka yang tersenarai akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS. - Gambar MOSTI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.