awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa ketiga PKP: Penjaja di kawasan MBS dilarang beroperasi

Bernama
Bernama
15/04/2020
11:03 MYT
Fasa ketiga PKP: Penjaja di kawasan MBS dilarang beroperasi
Semua penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual buah-buahan, minuman dan barangan basah di kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), diarahkan untuk tidak beroperasi dalam tempoh fasa ketiga PKP. - Bernama
Semua penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual buah-buahan, minuman dan barangan basah di kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), diarahkan untuk tidak beroperasi dalam tempoh fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Datuk Bandar MBS Datuk Zazali Salehudin berkata notis larangan itu berkuat kuasa sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
"Semua penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan menjual buah-buahan, minuman dan barangan basah seperti menjual sayur-sayuran, ikan, ayam dan sebagainya di sekitar kawasan MBS diarahkan untuk tidak beroperasi dalam tempoh fasa ketiga PKP ini sehingga dimaklumkan kemudian.
Pihak MBS akan mengambil tindakan tegas tanpa sebarang notis sekiranya arahan ini gagal dipatuhi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Zazali berkata tindakan yang akan diambil termasuk membatalkan lesen perniagaan sekiranya terdapat penjaja yang enggan mematuhi arahan ini.
Penguatkuasaan PKP sejak 18 Mac lepas bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini dengan fasa ketiga penguatkuasaannya bermula hari ini sehingga 28 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Zazali Salehudin
#koronavirus
#Majlis Bandaraya Seremban
#Perintah Kawalan Pergerakan PKP
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan