MALAYSIA
Fasa pengujian tren RTS di Depoh Wadi Hana bermula hari ini
Set Tren 02 Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura diangkat setinggi 50 meter dengan menggunakan 'Mobile Crane 500 Tonne' sebelum diturunkan ke rel Depoh Wadi Hana pada Sabtu. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Set Tren 02 iaitu tren Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pertama yang tiba di Depoh Wadi Hana di sini semalam, akan memasuki beberapa fasa pengujian termasuk proses pencantuman hari ini.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif RTS Operations Pte Ltd (RTSO) Dr Ahmad Marzuki Ariffin berkata ujian statik akan dilakukan selepas ini, bagi memastikan semua sistem berfungsi dengan baik sebelum melalui tiga fasa ujian dinamik.
Ujian dinamik akan bermula dari depoh ke Stesen Bukit Chagar dan memasuki sempadan antarabangsa ke Stesen Woodlands North, Singapura sebelum berpatah balik ke depoh bagi mengesahkan prestasi operasi dalam keadaan sebenar.
"Menerusi tiga ujian dinamik ini, tren akan bergerak secara perlahan dan pengujian melibatkan dalam keadaan sebenar di landasan utama," katanya kepada Bernama.
Ahmad Marzuki berkata antara ujian utama yang akan dilaksanakan ialah sistem isyarat, sistem komunikasi serta ujian prestasi tren di landasan sebenar bagi memastikan semua komponen berfungsi lancar dan selamat.
Beliau berkata proses bagi keseluruhan pengujian dan pentauliahan akan melibatkan kesemua lapan set tren RTS dan dijangka mengambil masa antara enam hingga tujuh bulan, sebelum tren disahkan bersedia beroperasi secara automatik tanpa pemandu.
"Ini penting untuk memastikan satu per satu tren dapat berkomunikasi dengan sistem lain termasuk sistem kuasa dan isyarat," katanya.
Ahmad Marzuki berkata ujian kapasiti penumpang turut dilakukan bermula tahun hadapan bagi memastikan operasi RTS berjalan lancar demi keselesaan pengguna.
Sementara itu, Pengerusi RTSO Datuk Khairil Anwar Ahmad berkata projek RTS berjalan lancar dengan tahap kemajuan mencapai 65 peratus setakat ini.
Beliau berkata kesemua kerja dijalankan mengikut standard yang telah digariskan, bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut tempoh masa ditetapkan.
"Kita mempunyai ramai petugas bekerja di tapak, jadi tahap keselamatan berada pada standard paling tinggi dan sentiasa menjadi keutamaan supaya semua kerja dilaksanakan dan siap mengikut masa," katanya.
Khairil Anwar berkata semua perancangan bagi pelaksanaan operasi turut dilakukan dengan rapi bagi menghadapi segala kemungkinan termasuk cabaran cuaca yang sukar dijangka.
Set Tren 02 dibawa menggunakan empat lori treler dari fasiliti di Batu Gajah, Perak bermula 12 Nov dan tiba di Depoh Wadi Hana semalam, melibatkan perjalanan sejauh 541 kilometer.
Projek RTS Link sepanjang empat kilometer menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Stesen Woodlands North, Singapura dijangka mampu membawa hingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah apabila mula beroperasi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tren Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura memasuki fasa pengujian termasuk ujian statik dan dinamik, melibatkan sistem isyarat, sistem komunikasi, dan prestasi tren di landasan sebenar.
- Ujian kapasiti penumpang akan dilakukan tahun hadapan bagi memastikan operasi RTS lancar serta berkomunikasi dengan sistem lain, sementara tahap kemajuan projek mencapai 65 peratus.
- Keselamatan menjadi keutamaan dalam projek RTS dengan perancangan operasi yang rapi untuk menghadapi cabaran termasuk cuaca, sementara Set Tren 02 tiba di Depoh Wadi Hana selepas menempuh perjalanan 541 kilometer.