awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/05/2022
08:33 MYT
Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco
Kerajaan Perak menyasarkan kemasukan kira-kira 6 juta pelancong domestik ke negeri ini, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik. - Astro AWANI
IPOH: Kerajaan Perak menyasarkan kemasukan kira-kira 6 juta pelancong domestik ke negeri ini, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, keyakinan itu ditambah dengan trend kedatangan pengunjung yang dilihat semakin bertambah, berbanding tahun sebelumnya.
"Kita merekodkan sasaran kehadiran pengunjung sebanyak 4.8 juta pelancong domestik tahun lalu.
"Jumlah pengunjung meningkat tahun ini memandangkan kita sudah memasuki fasa peralihan ke endemik. Jadi kita mengharapkan dan menyasarkan kira-kira 6 juta pelancong datang berkunjung ke Perak tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan program Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Perak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh, di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Pengerusi MATTA FAIR Perak, Chong Yu Ken dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.
Dalam pada itu, Nolee Ashilin berkata Matta Fair Perak yang berlangsung hari ini dan berakhir esok merupakan yang julung-julung kali diadakan selepas negara berdepan fasa pandemik dan kini memasuki endemik.
"Saya dimaklumkan Matta Fair Perak kali ini menyasarkan jualan berjumlah RM30 juta, iaitu dalam tempoh dua hari ia berlangsung.
"Mereka yang terlibat dari serata negeri, bukan saja dari Perak. Selain itu mereka turut menawarkan pakej-pakej menarik kepada orang ramai yang berminat," katanya lagi.
Tambahnya, usaha berkenaan sekurang-kurangnya mampu menghidupkan semula industri pelancongan negeri ini, sekali gus membantu pemain industri yang terkesan akibat penularan COVID-19.
Lebih 30 pemain industri pelancongan akan terbabit dalam program tersebut, di samping terdapat 70 gerai jualan dan pameran sepanjang dua hari ia berlangsung.
Topic Berkaitan
#pelancongan
#Perak
#fasa endemik
#MATTA Fair
#Nolee Ashilin Mohammed Radzi
#pelancong domestik
#Chong Yu Ken
#Fasa Peralihan Ke Endemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan