awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa Peralihan Monsun dijangka mula 3 Oktober hingga November

Bernama
Bernama
29/09/2022
10:00 MYT
Fasa Peralihan Monsun dijangka mula 3 Oktober hingga November
Fasa Peralihan Monsun di negara ini dijangka bermula pada 3 Oktober hingga November ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Fasa Peralihan Monsun di negara ini dijangka bermula pada 3 Oktober hingga November ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 14 Mei.
"Semasa Fasa Peralihan Monsun itu, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.
"Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Helmi berkata keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.
Beliau berkata orang ramai dinasihat untuk berwaspada ketika tempoh fasa peralihan cuaca itu dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web atau media sosial rasmi jabatan itu atau menerusi aplikasi mobil myCuaca.
Orang ramai boleh menghubungi talian utama MetMalaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fasa peralihan monsun
#MetMalaysia
#Monsun Barat Daya
#banjir
#hujan lebat
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan