NATIONAL
Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP: Ini perkara yang perlu anda tahu!
Fasiliti sokongan ini menawarkan penyelesaian praktikal untuk ahli KWSP yang menghadapi isu ketidakcukupan tunai sementara dengan menyediakan aliran tunai melalui pembiayaan peribadi.
KWASA DAMANSARA: Ini perkara yang perlu anda tahu sekiranya anda ingin membuat permohonan bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP.
Apakah itu fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP?
Apakah manfaat fasiliti ini?
Bagaimana FSA2 dilaksanakan?
Bagaimana permohonan dapat dibuat?
Apakah syarat yang ditetapkan?
Bank apakah yang akan mengambil bahagian?
Apakah proses yang dilakukan pihak bank?
Berapakah kadar faedah yang dikenakan?
Bagaimana pembayaran pembiayaan dibuat?
Apakah itu fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP?
- Ia merupakan satu kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
- Simpanan dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
- pengeluaran ini bersyarat iaitu pembayaran hanya akan dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun.
Apakah manfaat fasiliti ini?
- Fasiliti sokongan ini menawarkan penyelesaian praktikal untuk ahli KWSP yang menghadapi isu ketidakcukupan tunai sementara dengan menyediakan aliran tunai melalui pembiayaan peribadi.
- Simpanan ahli akan kekal dalam Akaun 2 dan terus menerima dividen tahunan KWSP.
- ia membolehkan ahli mengambil manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan mereka
Bagaimana FSA2 dilaksanakan?
- Ia dilaksanakan dalam dua fasa.
- Fasa 1 (permohonan bagi ahli berumur 40 tahun ke atas) dibuka bermula 7 April 2023
- Fasa 2 (permohonan bagi ahli berumur dibawah 40 tahun) akan dimaklumkan kelak.
Bagaimana permohonan dapat dibuat?
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian.
- Ahli perlu membuat semakan awal kelakayan dalam Akaun 2 KWSP terlebih dahulu.
- Bermula 5 April 2023, ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon
Apakah syarat yang ditetapkan?
- Semua ahli KWSP di bawah umur 55 tahun boleh membuat notis awal untuk pengeluaran umur 50 tahun atau 55 Tahun,
- Syaratnya mereka mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
- Jumlah pembiayaan maksimum RM50,000 (tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP).
- Tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.
Bank apakah yang akan mengambil bahagian?
- MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- KWSP akan mempertimbang menambah peningkatan lebih banyak bank pada masa hadapan.
Apakah proses yang dilakukan pihak bank?
- Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini.
- Ia tertakluk kepada pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.
Berapakah kadar faedah yang dikenakan?
- Faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) antara 4% hingga 5%.
- Ia lebih rendah dan berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%.
Bagaimana pembayaran pembiayaan dibuat?
- KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank.
- Jumlah yang dibayar akan digunakan untuk menjelaskan baki pembiayaan peribadi, sekiranya ada, sebelum memulangkan sebarang lebihan kepada ahli.