MALAYSIA
Felcra catat untung boleh agih interim pertama 2025 RM178 juta - TPM Zahid
Ahmad Zahid berucap pada majlis pengisytiharan keuntungan boleh agih interim pertama 2025 projek-projek peserta Felcra di sini, hari ini. - Foto FB Felcra Berhad
PASIR SALAK: Felcra Bhd mencatatkan keuntungan boleh agih interim pertama 2025 sebanyak RM178 juta, menunjukkan peningkatan daripada prestasi tahun sebelumnya.
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM101 juta akan diagihkan kepada 74,300 peserta di seluruh negara secara berperingkat mulai hari ini.
"Saya mengucapkan syabas kepada Felcra kerana kejayaan mengekalkan prestasi yang baik iaitu kenaikan hampir RM2 juta daripada prestasi bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya pada majlis pengisytiharan keuntungan boleh agih interim pertama 2025 projek-projek peserta Felcra di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Datuk Idris Lasim.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Felcra Bhd mencatat keuntungan boleh agih interim pertama 2025 sebanyak RM178 juta, meningkat hampir RM2 juta berbanding tahun sebelumnya.
- Sebanyak RM101 juta daripada jumlah itu akan diagihkan kepada 74,300 peserta Felcra di seluruh negara secara berperingkat mulai hari ini.
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah atas kejayaan Felcra mengekalkan prestasi cemerlang.