[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Bapa Dibebaskan, Ibu Diperintah Bela Diri – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Felda lantik semula Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi

Bernama 21/07/2025 | 04:16 MYT
Ahmad Shabery mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan untuk meneruskan tanggungjawab tersebut. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melantik semula Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi.


Ringkasan AI
  • Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilantik semula sebagai Pengerusi Felda selepas tamat tempoh kontrak pada 30 Jun 2025.
  • Pelantikan semula beliau disambut baik oleh pengurusan dan warga Felda, yang yakin kepimpinannya selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
  • Ahmad Shabery mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan untuk meneruskan tanggungjawab tersebut.


Dalam kenyataan pada Isnin, Felda menjelaskan pihak pengurusan dan seluruh warga Kumpulan Felda menyambut baik pelantikan semula itu.

"Felda yakin bahawa pengalaman, wawasan serta komitmen tinggi Ahmad Shabery Cheek akan terus membawa Felda melangkah lebih jauh seiring dengan hasrat Malaysia MADANI," tambahnya.

Sementara itu, Ahmad Shabery menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui Felda.

Ahmad Shabery sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Julai, 2023, sebelum kontraknya tamat pada 30 Jun, 2025.

-- BERNAMA



#Felda #Ahmad Shabery Cheek #dilantik semula #Pengerusi Felda #terkini