Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sedang berunding dengan Kementerian Kewangan bagi menerbitkan sukuk jaminan kerajaan untuk melaksanakan penstrukturan semula pinjaman.
Sekiranya berjaya, ia akan menjadi penerbitan sukuk kedua bagi Felda selepas terbitan pada 2018 bernilai RM2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata selain itu, kerajaan telah menubuhkan pasukan khas yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Wahid Omar untuk mencari kaedah terbaik bagi memastikan kemandirian dan kemampanan kewangan Felda demi manfaat warga peneroka.
"Pasukan ini telah mengadakan sesi libat urus dengan Lembaga Pengarah Felda, Pengurusan Kumpulan Felda, FGV dan pelbagai kumpulan berkepentingan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan potensi dan penyelesaian isu berkaitan Felda," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Jalaluddin Haji Alias (BN-Jelebu) mengenai perkembangan pelaksanaan kertas putih Felda setakat suku kedua 2020.
Mustapa berkata pasukan khas tersebut dijangka membentangkan laporan berkaitan pada Ogos 2020.
Beliau juga berkata kertas putih Felda yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April tahun lepas telah menggariskan pelbagai strategi untuk dilaksanakan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.
Antara strategi utama yang telah dan sedang dilaksanakan adalah menambah baik tadbir urus korporat, menangani masalah aliran tunai dan merasionalisasikan pelaburan dan kepentingan, katanya.
"Pelaksanaan kesemua strategi tersebut disokong melalui peruntukan kewangan termasuk pemberian jaminan kerajaan bernilai RM6.23 bilion yang diberikan dalam tempoh empat tahun," katanya.
Beliau berkata peruntukan tersebut meliputi program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu bernilai RM1 bilion serta penyiapan projek perumahan generasi baharu Felda atau PGBF yang terbengkalai pada RM250 juta.
Ia juga untuk menghapuskan faedah hutang kebun peneroka berjumlah RM2 bilion, pemberian pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil kepada peneroka berjumlah RM480 juta dan pemberian jaminan ke atas penstrukturan semula pinjaman Felda sebanyak RM2.5 bilion, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020
Mustapa berkata kerajaan telah menubuhkan pasukan khas yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Wahid Omar untuk mencari kaedah terbaik bagi memastikan kemandirian dan kemampanan kewangan Felda . - Gambar fail
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid
Penguasaan korporat Bumiputera dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022 hanyalah 7 peratus.
Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia
Hanifah berkata, belia perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau.
Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah
WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid
WEF mengiktiraf kemajuan dan rancangan Malaysia untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan tepat pada masanya dan bersesuaian.
Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.
Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.
Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.
Ketiadaan cukai makmur jadi petanda baik bagi pasaran modal - Bursa Malaysia
Ia berpotensi mengurangkan unjuran EPS 2023 bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI sebanyak lima hingga enam peratus.
Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan, disokong kepelbagaian ekonomi - Abdul Wahid
Ekonomi Malaysia kurang bergantung kepada komoditi, selain mengamalkan dasar pragmatik dan responsif.
Aliran masuk tunai bersih pasaran ekuiti catat RM6.3 bilion setakat Julai - Abdul Wahid
Pasaran modal domestik kekal teratur dengan pasaran ekuiti mencatat aliran masuk tunai bersih sebanyak RM6.3 bilion setakat Julai lepas biarpun dalam keadaan tidak menentu kebelakangan ini.