Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mengumumkan skim baharu bagi membantu pendidikan anak peneroka, pada suku pertama tahun ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Skim itu akan memberi tumpuan khusus kepada aspek pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), ekoran permintaan dan tawaran gaji yang lumayan daripada majikan.
"Perancangan ini bermula sejak tahun lepas dan kita mengadakan perbincangan dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam mencari skim baharu untuk membantu pendidikan anak peneroka.
"Mereka diberi masa selama sebulan untuk kembali semula kepada kementerian (dengan perancangan) dan kita harap pada Februari, kita sudah boleh memperhalusi rancangan skim ini dan dibawa untuk persetujuan jemaah menteri pada Mac.
"Kos latihan TVET agak mahal dan kita minta mereka (Khazanah dan PNB) lihat bagaimana pembiayaan boleh dilakukan... sama ada menerusi biasiswa atau pemberian pinjaman," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Kenduri Sekampung di Dewan Semai Bakti Sungai Koyan 2 di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Felda Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.
Pada perkembangan lain, Mohamed Azmin memberitahu bahawa Kertas Putih Felda yang dikatakan akan mendedahkan kecurangan kewangan agensi itu, akan dibentangkan ke Dewan Rakyat pada Mac ini.
Pembentangan kertas itu sepatutnya dijadual 10 Dis lepas, namun ditangguhkan atas nasihat Jabatan Peguam Negara memandangkan terdapat beberapa isu perundangan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
"Jemaah menteri minta supaya (Kertas Putih Felda) dibentangkan pada Mac dan kita akan merujuk kepada Peguam Negara apa yang boleh dimasukkan (dalam pembentangan itu) jika ada kes mahkamah yang masih belum selesai," katanya.
Mengenai perkembangan lain, Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, tidak bersetuju dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa kehadiran pemimpin Pakatan Harapan (PH) sekitar Parlimen Cameron Highlands adalah satu bentuk 'salah guna jentera kerajaan untuk berkempen'.
Katanya, kehadiran beliau ke Sungai Koyan adalah atas kapasiti sebagai menteri dan turut menggunakan kenderaan sendiri.
"Menteri juga adalah pemimpin parti dan kita kena turun berkempen namun kita pastikan tidak menyalahguna jentera kerajaan. Kita tidak berkempen kerana kempen hanya bermula esok... hari ini tidak berkempen lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 11 2019
Skim itu akan memberi tumpuan khusus kepada aspek pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), ekoran permintaan dan tawaran gaji yang lumayan daripada majikan. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.